Wednesday, December 8, 2010

.awal muharram.

tahun baru kali ni disambut dengan keriangan dan kesyukuran. bukan la tahun lain tak riang atau tak syukur ish tak baik camtu tapi penekanan disebut sebab jelas terjadinya dua peristiwa. dan sebab ia masih segar berbanding peristiwa-peristiwa yang telah berlaku tahun-tahun lepas.

.ibu ayah selamat sampai dari sepang.

seronok dengar ibu ayah cerita pasal pengalaman di mekah dan madinah. ayah mula, ibu mencelah. ibu cerita, ayah sambung. rakan-rakan dan keluarga yang datang senyap je masa mendengar cerita. yang sama diulang. kalau ayah ingat lagi, semakin menarik la jadinya. alhamdulillah ibu ayah sihat cuma batuk-batuk dan selsema. kalau boleh dirakam suara dan video ibu ayah bercerita, tak perlu la batuk-batuk gagah juga nak hiburkan tetamu hehe. banyak juga yang boleh belajar. terima kasih ibu ayah doakan kami suami isteri dan keluarga semua.

.sebelum, semasa, selepas.

majlis cukur jambul ham ham! eh jap, tak leh kata jambul kut sebab dia takde jambul haha silly. susah juga nak cukur rambut bayi sebenarnya. halus mulus peh tu kulit kepala lembut. seb baik hamzah tak banyak karenah duk diam je. kalau rimas, berhenti, bagi susu jap, sambung balik. agak-agak kalau nak panggil dia hamtaro, abah dan mama dia bagi tak? semalam tukar lampin. pagi tadi mandikan dia. oh dua-dua kali kene pancut! macam tahu-tahu je maksu tak mandi lagi ek, ada pancaindera ke-enam.


okeh mari berkongsi ilmu!


diriwayatkan daripada Ummu Qais binti Mihshan r.a : “aku membawa bayi lelaki ku yang belum makan (makanan yang biasa) kepada Rasulullah SAW yang menimangnya dan mendudukkannya di pangkuannya. anak ku kencing dan air kencingnya membasahi pakaian Nabi SAW. lalu nabi meminta air dan memercikkan bahagian yang terkena air kencing itu namun tidak mencucinya.”
Huraian
air kencing bayi lelaki jika belum memakan makanan selain susu ibunya sahaja maka cukup membersihkannya dengan cara memercikkan air pada pakaian yang terkena air kencing tersebut. berbeza dengan air kencing bayi perempuan, maka pakaian yang terkena air kencing itu harus dicuci tidak kira sama ada dia sudah memakan makanan lain atau susu ibunya sahaja. najis ini dikategorikan sebagai najis mukhaffafah. .web jakim.


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...