Friday, February 11, 2011

.perkara syubhat.

pagi tadi duduk bersembang, tanye-tanye dengan ustazah-ustazah di sekolah. tanye punya tanye, datang pula ustaz seorang. semakin luas la beliau jelaskan mengenai alkohol.

kata ustaz, tengok juga sumber alkohol tersebut. ade dari sumber yang halal dan ade yang haram. yang halal seperti dari beras, campuran garam dan gula. yang haram seperti bahan yang diperam berubah menjadi arak dan memudaratkan.

katanya lagi, tapai ubi atau tapai beras pulut yang kita makan itu kandungan alkoholnya lebih tinggi dari wine. tetapi masih boleh dimakan kerana sumbernya halal.

kalau tidak yakin dari mana sumber alkohol tu, lebih baik la dielakkan.

ini bincang mengenai alkohol sahaja ye. belum lebih lanjut lagi halal haram disebabkan oleh bahan yang memabuk dan memudaratkan.

cer kome tanye ustaz/ustazah yang kome kenal pula dan kongsi maklumat ye.


Daripada Abu Abdullah al-Nu'man ibn Basyer r.a beliau berkata: Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda:
Sesungguhnya perkara yang halal itu terang jelas, dan sesungguhnya perkara yang haram itu terang jelas, dan di antara kedua perkara tersebut ada perkara-perkara syubhat yang kesamaran yang kebanyakan orang tidak mengetahuinya. Barangsiapa yang menjaga perkara syubhat maka sesungguhnya dia telah membersihkan agamanya dan maruah dirinya. Dan barangsiapa yang terjatuh dalam perkara syubhat, maka dia telah jatuh dalam perkara haram, umpama seorang pengembala yang mengembala di sekeliling kawasan larangan, dibimbangi dia akan menceroboh masuk ke dalamnya.

.
.
Rasulullah saw. Bersabda yang bermaksud:

“Tidak sampai seseorang hamba keperingkat golongan orang-orang bertaqwa, sehinggalah ia tidak melakukan perkara-perkara yang dilarang dan sentiasa berhati-hati daripada melakukan perkara-perkara yang menimbulkan keraguan (perkara-perkara Syubhat)”. Riwayat at-Tarmizi


selamat beramal! :)
.
.
.
thank you for reading!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...