Wednesday, May 16, 2012

.karnival kesenian & kebudayaan.

sekolah kami telah menjadi tuan rumah karnival kesenian dan kebudayaan peringkat kelompok. alhamdulillah semua lancar. pasukan tarian, formasi kompang dan koir berjaya ke peringkat daerah yeay! jadi, kami akan mewakili kelompok 7 ke peringkat daerah. berikut adalah gambar-gambar peristiwa. formal sungguh ayat.

.jumpe kawan lama lagi hehe.

selain itu, kami juga menghantar pasukan action songs untuk karnival bahasa. namun, kami tidak berjaya mendapat tempat sebab dua hari sahaja berlatih kerana guru-guru sibuk mengurus karnival keseniaan dan kebudayaan eheh. tapi kalau ade anugerah costume terbaik, kami boleh menang kut! hehe. berikut adalah gambar peserta semasa menunggu giliran membuat persembahan hari guru.

.dua orang pokok tak pakai t-shirt putih lantas tidak diizinkan sertai.

untuk makluman, kami juga tuan rumah untuk peringkat daerah. koreografi diolah semula sedikit. tambah-tambah aksesori. menang lagi yeay! kami akan mewakili daerah ke peringkat negeri pula. hoho walaupun tak menari, cikgu pun cuak. koir dan formasi kompang masing-masing meraih tempat ketiga. berikut adalah gambar peserta koir dan tarian.

.kain selempang untuk tarian kategori B iaitu endang.

seronok tengok guru-guru berkumpul dan bekerjasama. pihak pentadbir pun menyokong. semua bantu untuk jayakan setiap pasukan. cikgu-cikgu perempuan siap bawa mesin jahit ke sekolah dan mereka cipta aksesori. ramai bantu bagi idea gerak tari dan formasi. pasti murid-murid boleh lihat kerjasama dan kesungguhan guru-guru. moga mereka dan guru-guru belajar menerima yang positif melalui pengalaman niterima kasih semua! kita usaha untuk peringkat negeri pula. harap semua lancar dan berjaya. aminnn.
.
.
.
thank you for reading!

3 comments:

Yati said...

Tahniah, sk seri besout!

LaLa mhdnor said...

wow, meriah nampak :)

syitah said...

meriah :)

do visit again, lala mhdnor!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...