Thursday, September 5, 2013

.pantang.

assalamualaikum semua!

lamaaanye tak update. hehe ade ke orang yang kisah?

sedar tak apabila seseorang bercakap atau menulis atau oozes (apa ini dalam bahasa malaysia?) hal yang berkaitan dengan agama, sama ada sedikit atau keseluruhan, sengaja atau tidak, orang-orang sekeliling yang mendengar atau membaca atau menyerap hal itu akan bersikap satu rupa?

rupanya ialah mata sedikit menyepet seperti memfokus, kenih berkerut, mulut menjadi satu baris dan berkata dalam hati “hey, that’s taboo!”

(kome sedang cuba buat rupa tu sekarang kan? hah gotcha!)

itu penerangan fizikal. pergerakan yang kita mampu lihat tetapi yang tidak dilihat pun boleh memancarkan rupa yang dijelaskan tadi. yang tidak kelihatan ialah tiada respon, tiada komen dan pandangan skeptikal serta menjauhkan diri (eh kelihatan jugak la). orang sekeliling lebih mudah menerima idea, penulisan dan sikap yang menampakkan logik daripada kesahihan kaitan agama.

kenapa kita takut sangat dengan agama? kenapa para ulama atau bijak pandai sahaja boleh berbicara dan berbincang mengenai agama? kenapa tak cool cakap pasal agama? kenapa kita tak sedar yang agama itu selari dengan setiap aspek hidup?

i shall leave you with these questions.



.mak lang, kenape takleh mandi laut?



p/s: dulu berniat hendak berubah. ingat tak? *note the postscript* alhamdulillah sudah mula membiasakan diri ^___^ alhamdulillah bidang kerja memudahkan pilihan pemakaian begini. harap terus menjadi ketetapan hati dan amalan setiap anggota tubuh. sama-samalah kita. aminn…


.

.
.
thank you for reading!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...