Thursday, July 30, 2015

.nasi bamboo sungai klah *terkini*.

assalamualaikum,
dah lama tak singgah makan kat sini.
dah banyak perubahan
semenjak dah semakin popular keluar rancangan JJCM.
ruang makan makin luas.
servis layan diri lebih sistematik.
lauk-pauk lebih banyak pilihan.
jualan kudapan dan ole-ole pun ada.

.
.
.
lokasi :
keluar dari plaza tol sungkai,
belok kiri.
dalam 1.2 KM akan nampak papan tanda Felda Residence Hot Spring Sg Klah sebelah kiri.
belok kiri, nampak SMK sg kruit.
nasi bamboo sg klah cuma 200 meter dari sekolah tu.

kawasan tempat letak kereta terhad.
cuma ada di sepanjang bahu jalan.

kedai makan ni berhampiran sebuah rumah banglo
dan berlatarbelakangkan ladang kepala sawit.
.
.
.
maaf, gambar sebelum tak sempat tangkap.
sebelah kiri tu la buluhnya. nasi diisi dalam tu.
satu set : nasi, kelapa goreng, pucuk paku, sambal,
semangkuk kecil kuah kari daging, telur masin.
harga RM2.50



yang lain dalam gambar ialah ayam kg percik & gulai kawah batang pisang.
2 ketul 1/4 ayam kg percik + semangkuk gulai = RM20 lebih.
.
.
.
antara pilihan lauk-pauk & makanan lain yang ada.
laksa disediakan oleh gerai berlainan yang berhampiran.

.kambing bakar, gulai kawah batang pisang, laksa sedap RM4.50.

sistem layan diri:
set nasi diambil & dibayar di kaunter hadapan.
minuman dibayar berasingan di sudut sebelah kaunter.
lauk-lauk dibayar di sebelah kanan kedai.
.
.
.

4 jenis kerabu, sambal kentang dan tempe
daging masak lemak, lala & kerang, periuk lain tak buka pula tengok
ikan bakar, ayam kg percik, ayam kg bunian, ayam kg serabut.
kuah ayam kg percik dia sedap! manis pedas cukup.
.
.
.
pilihan minuman..
RM1.00 satu saiz cup biasa di pasar malam tu
air botol klasik
hujung sekali tak nampak, cendol!

.
.
.
ada sudut kudapan; kerepek, kuih etc
sebelahnya ada jualan ole-ole nasi bamboo sungai klah.
various design of t-shirts and car stickers.
comel la pulak tengok yang panda ni ^__^
stickers adalah karya awan larat studio.
i'm not sure about the t-shirts though.



more photos here!
facebook nasi bamboo sg klah.


selamat menjamu selera!

update: restoran ni dah berpindah lokasi.
please refer to their facebook page! facebook nasi bamboo sg klah.
.
.
.
thank you for reading!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...