.glorious food.



assalamualaikum and hello!
this page is dedicated to food.
these are some that i cooked, fried, baked, grilled and steamed.
nothing grand, just an expression to one of God's given pleasures.
indulge!   ^___^


.lengat pisang utagha.



ejal panggil pengat.
ibu kata lengat.
kalau pengat orang perak, yang berkuah tu kan.
deme panggil serawa pulak hehe
variasi nama kuih ikut negeri.

lengat ni dikukus.
ejal yang buat semua.
teman jadi sous-chef aje :)




bahan-bahannya

.
.
.
.sausage cheese rolls.




suami masak!
nasi goreng pun dia masak hehe.

.
.
.
.ayam vanggey.




resepi ni teman dapat dari makcik kantin :)
makan dengan nasi putih panas-panas..
uish *drools*
.
.
.
.assam pedas ikan pari.




this is my favourite!

.
.
.
.congo bars.


jatuh hati pada congo bars ni bila makecik bawa masa family day!
google resepi & kurangkan gula,
maka jadilah sebegitu rupa.
alhamdulillah dah buat banyak kali.
yang ni masa majlis di tempat kerja.


yang ni hadiahkan kepada sekolah.
baru la jumpa bekas plastik ni, senang sikit hehe

.
.
.
.sambal petai udang.




nyum!
masakan sambal tumis ikan bilis
& udang ni memang dah lepas QC suami..
ayam masak merah je belum haha
.
.
.
.potato au gratin.




menjamu pelajar-pelajar homeroom suami.
masa berbuka puasa tahun lepas rasanya.
sedap!

.
.
.
.bubur susu.


kegemaran suami gak ni.
resepi keluarga, ibu pandai buat.
kalau ada majlis di alostaq, dessert selalunya yang ini.

dalam gambar ni masa bawak dessert ke tempat kerja.
ingatkan tak laku tapi rupanya ramai suka.
lebih-lebih lagi makan sejuk-sejuk.
pernah jugak buat utk moreh di surau taman :)

.
.
.
.brazillian cheese bread.


cubaan pertama apabila resepi viral di facebook.
diubah tambah cendawan dan sosej.
sedapnya gebu gebu liat
sebab guna tepung ubi.



percubaan seterusnya.
jadikan piza!
.
.
.
.victoria sandwich cake.


kegemaran suami

ni potong sebelum sejuk,
tak sabar nak makan...
kan dah bergerigi hehe
.
.
.
.strawberry & blueberry cheese tart.


nyum!

kebetulan dah beli strawberry dan blueberry
untuk buat jus dan snack.
tapi sebab family-in-law ada datang rumah,
kemudian nak gerak balik kampung.
nanti tinggal lama plak buah-buahan ni.

pertama kali buat strawberry and blueberry filling ni.
sebenarnya untuk pai.
tengok gambar pai kat google pun dah mengiurkan *drools*

kulit pastri:
mentega
gula halus
tepung gandum
air sejuk

inti:
strawberry
blueberry
mentega
gula halus
tepung jagung
orange zest

cream cheese
telur
gula icing
esen vanila

.
.
.
.ais krim oreo.





oreo
susu pekat
susu cair @ susu segar
ovalette
esen vanila

cari resepi untuk jamuan hari anugerah kecemerlangan 2014.
yang pernah buat kata rasa sama macam McD McFlurry
ye la kut. tak pernah rasa ;P
tapi
memang sedap!
alhamdulillah dapat menjamu rakan-rakan lagi..



esoknya buat lagi untuk suami..
^__^

.
.
.
.puding trifle.






tepung kastard
jelly
kek span
gula halus
air
susu cair
buah cocktail
buah-buahan

puding ni je la duk buat banyak kali hehe.
pernah buat untuk wedding syirah.
pernah buat untuk family sahaja.
yang ini untuk jamuan tempat kerja.
kali ni letak hirisan buah peach dalam setiap bekas puding.

.
.
.
.oreo cheese ball.



oreo crumbs
coklat masakan
chocolate rice @ badam hancur
cream cheese

dah cuba beberapa kali.
alhamdulillah sedap :)
first time buat, rupa buruk benor.
saiz pun terlalu besar.
terkini yang dalam gambar, panel kiri.
bawa untuk jamuan hari raya tempat kerja.

.
.
. .pai epal.



cubaan pertama!
ahamdulillah menjadi rasanye.
rupanye...eheheh
my dad thought it's roti canai...
-______-'


sedap weh.
sebab dah buat sendiri,
sedarlah caranya mudah
tapi
sangat menggemukkan haha


kulit pastri:
mentega
gula halus
tepung gandum
air sejuk

inti:
epal hijau
mentega
gula perang
serbuk kulit kayu manis
garam

okay, yang atas ni sudah diolah sendiri
sebab tiada bahan-bahan lain :)
resepi yang asal diambil dari
blog masam manis ini.


cubalah!
sarapan atau minum petang,
panas-panas....yum!

.
.
.
.bertih jagung karamel.




jagung kering
minyak
mentega
gula @ madu

sedapnye!
dah buat dua kali hehe
.
.
.
 .cucur cempedak.




alhamdulillah..
dapat rezeki buah cempedak dari rakan sekerja :)

jenuh cari resepi di blog-blog untuk nak bagi rangup..
rangup dah rangup,
tapi masih serap minyak jugak..
tips nak elak serap minyak,
kene bagi minyak panas
tapi jangan terlalu panas..
*fenin*

tepung gandum
tepung beras
garam
air
mentega
takde pewarna ye!

.
.
.
.blackcurrant cheese tart.




salah satu manisan kegemaran!
alhamdulillah sedap..
^_____^

tepung
gula icing
mentega
telur
cream cheese
blackcurrant jam
esen vanila

.
.
.
.red velvet cake.


for my 28th birthday! ^_____^
merah sangatkah?
dalam gambar macam coklat dah jadinya hehe

telur
tepung gandum
gula caster
soda bicarbonate
esen vanilla
pewarna merah
serbuk koko
mentega
cuka

topping:
icing sugar
cream cheese
mentega

.
.
.
.hokkaido cupcake.


.first try.

.second try!.


lama teringin nak cuba bake hokkaido cupcake ni..
sejak dapat tahu kewujudannye dari blog cikpah :)
thank you cikpah!
percubaan pertama buat tanpa bekas cupcake yang keras dan tinggi tu.
bawa ke sekolah untuk colleagues.
percubaan kedua buat untuk suami..
tapi strawberi dah tak segar,
so, no strawberries for you, honey ;p sorry!

hokkaido cupcakes ni bila dah siap,
icing sugar diayak di atasnya..
kemudian buat lubang dan masukkan custard filling..
lastly, letak strawberries!
erk..itu kalau ikut my steps la.

nampak tak custard filling sampai ke base cupcake tu?
ke mugcake? hehe..
yummy!
(tapi takleh makan selalu, manis!)

telur
self-raising flour
gula caster
minyak mazola
tepung custard
icing sugar
strawberries
cream of tartar
vanilla essence
garam

.
.
.
.makaroni bakar.


.gambar sebelum bakar, tanpa sos dan daun bawang.


teringin nak makan yang mak buat..
masak2 tapi tak jadi pun macam mak buat.
rupanye mak bagi resepi yang kurang bahan! hehe..
tapi sos jadi....oh sedapnye! thank you mak :)

makaroni
mixed vegetables
telur
susu
keju
rempah kari
ayam or daging kisar
bawang merah
daun bawang
garam

sos:
bawang putih
air asam jawa
cili kering

.
.
.
.lontong  + nasi impit.




nasi impit
fucuk + suun
kentang
lobak merah
ikan bilis
cili kering
cili padi
bawang merah
santan
garam + gula

.
.
.
.banana & strawberry smoothies.



ingredients are as shown..

shedap!

.
.
.
.sayur campur sos tiram.



kegemaran suami ^____^
(sebab manis hehe)
resepi mak...

lobak merah
baby corn
kobis bunga
bawang merah
bawang putih
peas
udang
sos tiram
air rebusan udang
tepung jagung


.
.
.
.kari asam.




i like!

ikan kembung (je yang ade)
bendi
tomato
daun kari
daun kesom (lebih laksa)
bawang merah
bawang putih
halia
serbuk kari ikan
garam, gula
bunga kantan (patut ade)

.
.
.
.laksa, my favourite yeah!.



second time cooking the delicious dish,
kempunan balik alostaq tak dapat laksa.
balik sungkai tak dapat laksa.
masak sendiri yeay!

laksa
salad
bawang
cili merah
cili kering
ikan kembung
asam keping
otak udang
daun kesom
bunga kantan
garam, gula
telur

.
.
.
.baked chicken and eggplant with cheese.




eggplant
boneless chicken
cheese
black pepper
oyster sauce
onions
green beans
chilli sauce
bread
salt


dinner! ^____^
.
.
.
.shepherd's pie.


kentang
daging
mixed vege
cheese
black pepper
bawang merah
worcestershire sauce
serbuk kari
serbuk kayu manis
susu
garam
.
.
.
.ayam bakar black pepper.


ayam bakar black pepper mayonis
kentang putar kuah tak jadi
macaroni goreng ala melayu jawa

burp!

^______^

.
.
.
.classic chocolate cake.



amik resepi nigella
tapi tak ikut bahan 100%
ni la jadinye
;p

.
.
.
.nasi lemak dan mee cheese bolognese.




sarapan pada hari 1 malaysia!


karipap
ikan goreng
sambal telur
nasi lemak
mee cheese bolognese
kopi o


yum!


.
.
.
.chocolate chips cookies raye!.




butter
tepung gandum
chocolate chips
badam hancur
garam
gula perang
vanilla essence
baking powder


.
.
.
.kue tiau goreng kerang + udang.



where are the greens at???

juadah berbuka hari ke 13

kue tiau goreng kerang dan udang
sambal tumis telur puyuh + kerang
cucur udang

kenapa asyik kerang?
sebab beli yang dah kupas kat tesco,
tesco kata tarikh luput 14 ogos ;p

.
.
.
.kek batik.




kek batik special

hubby saye buat ^____^


.
.
.
.ayam masak lemak cili padi.




juadah berbuka hari ke 11

ayam masak lemak cili padi + kentang
sambal tumis telur + kentang
sayur goreng sos tiram

.
.
.
.ayam goreng berempah.




juadah berbuka hari ke 3


nasi kukus
ayam goreng berempah
kari telur
kobis masak lemak


.
.
.
.bahulu kemboja.




takde acuan bunga, ni pun jadi lah ;p


santan
tepung gandum
gula
telur
kismis
daun pandan serani
serbuk kayu manis


rindu onyang punye bahulu kemboja,
yang pastinya lebih sedap ^__^

.
.
.
.ikan bawal tiga rasa.




ikan bawal
kunyit
kacang panjang
lobak merah
tomato
bawang merah
bawang putih
halia
serai
asam keping
cili merah
cili kering
sos tiram
gula, garam
tepung jagung


.
.
.
.kerabu sotong.




sotong
limau kasturi
kacang panjang
cili padi
serai
bunga kantan
gula
garam


best serve chilled :)
.
.
.
.mee goreng.




mee ummah
bebola ayam
ayam
kobis
taugeh
bayam
sos tiram
kicap
cili kering
bawang merah
bawang putih
garam


.
.
.
.grilled chicken with garlic and butter breadcrumbs.



breadcrumbs:
butter
toasted bread
garlic spread

chicken:
chicken cutlets
olive oil
breadcrumbs

salad:
sawi
lobak
bawang
cendawan
breadcrumbs
olive oil
salt

dipping sauce:
vinegar
pati tomato
worcestershire sauce
chili paste
orange juice


.
.
.
.puding roti chocolate chips.




puding:
roti gardenia
susu segar
tepung kastard
chocolate chips
telur
gula

sos:
susu segar
tepung kastard
susu pekat


.
.
.
.pulut durian.






pulut
durian
gula merah
santan
daun pandan
garam
air




.
.
.
.ayam masak merah.




lauk berbuka puasa :)


ayam
bawang merah
bawang putih
halia
garam, gula
pati tomato
cili kering
asam keping
.
.
.
.fried veggie roll.




roti
sawi
bawang merah, cili
garam, lada sulah
sos cili
telur


minum petang lagi ;p
seorang saje huuuu
simpan untuk dinner la
.
.
.
.kuih cara berlauk terlebih sudah!.




takde acuan kuih cara jadi guna bekas cupcake je ;p


sardin
cili
daun bawang
bawang merah
garam, lada sulah
serbuk kari daging


santan
tepung gandum
telur


masak sendiri of kos lebihkan lauknye heheh tamak,
sampai bertimbun sardin ^___^


.
.
.
.mee kari yum!.




mee
serbuk kari daging
serbuk kulit kayu manis
bawang merah, bawang putih, halia
santan, air
daun kari
garam, gula
asam keping
cili kering
ayam
bebola ayam, fish cake
taugeh, sawi


.
.
.
.piza bebola ayam.




roti
mayonis
sos cili, sos tomato
lada hitam
bebola ayam
telur
garam


p/s: xyah nak uli-uli doh dah hehe.
idea dari rakan sekolah rendah, cik pah! ;)
.
.
.
.ayam paprik.




tak cukup bahan ;p
.
bebola ayam
ayam
bawang merah, halia, bawang putih
garam, gula
sos tiram, sos cili
kubis
cili kering


.
.
.


.nasi ayam goreng.




hubby tak gemor nasi ayam hainan..
jadi, kena la masak yang goreng :)
.
beras
ayam
halia muda
garam, gula
cili merah
limau kasturi
sos cili, sos tiram, kicap
kiub ayam
bawang merah
tomata, salad
daun bawang


.
.
.
.piza sosej ayam.




first attempt sebab teringin.
gambar lama ni masa
guna ketuhar untuk preheat food tu je
dan bukan microwave oven
sebab takde lagi oven..
;p


tepung
air
sosej
sos
mayonis
planta
garam
gula
keju
bawang

.
.
.
.masalodeh.


kacang dhal
cili merah
kucai
bawang merah
daun kari
garam
lada sulah
jintan manis

dinner. crunchy!
.
.
.

.kek keju bakar.


steam bake method

500g cream cheese
2 cawan biskut oreo untuk base
separuh buku butter
1 cawan gula
2 biji telur
esen vanilla
perahan lemon



.
.
.
.chocolate cake.


the cake on the left was baked using auntie rosie's mix and
on the right, kak syikin's mix...
complete with chocolate topping
yum!  ^___^



.
.
.

.puding jagung.



jagung
tepung custard
jeli
strawberry syrup


.
.
.


.orange pavlova.


my first try ;(
ikut resepi dari blog anasfadilah
need a lot of patience untuk buat dessert ni
and obviously i don't have enough hehe.
nanti cuba lagi...!
but it's too sweet. not my cup of tea.
hubby loves it though.

googled and some says that even the weather
might effect the outcome of a good pavlova.
ours is damp and humid kan.
tak tau menari salahkan lantai hehehh


.
.
.


.chicken ball spaghetti .


tomatoes
chicken balls
olive oil
white cabbage
salt
garlic
pepper

.
home alone dish ;p

.
.
.

.cucur jagung.



kegemaran hubby
untuk minum petang, yum!


jagung
bawang merah
garam
gula

.
.
.


.cheese blueberry raisin cupcake.

                   .ini la ketuhar noxxa!.

bahan-bahan
a) 1 paket tepung campuran
    1 cawan butter
    3 biji telur
    20g serbuk keju 
b) 1 paket kismis


cara-cara
1. putar (a) selama 2 minit.
2. gaul masuk (b) hingga sebati.
3. sudukan dalam papercups.
4. bakar dalam preheated oven 180C selama 20 minit.


makan!

.
.
.
.roti putih.


sukatan 2 paun

air (27C)                       1 1/2 cawan
minyak                          2 camca besar
gula                              2 camca besar
garam                           2 camca teh
susu kering                    2 camca besar (ganti ngan susu rendah lemak je ;p)                    
tepung roti                   4 cawan
yis aktif kering              1 1/2 camca teh

cara-cara
1. ikut turutan ini. masukkan air, minyak, gula, garam, susu, dan tepung.
2. buat lurah kecil di tengah tepung dan akhir sekali masukkan yis di situ.
3. bakar ikut program 4 dengan menggunakan ketuhar pelbagai fungsi/pembuat roti Noxxa!
4. dah siap, tunggu 20 minit untuk sejuk dan boleh potong.

sapu dengan jem atau kaya atau nutella. minum petang siap!


p/s: sangat mudah dan cepat hehe. kalau nak beli ketuhar tu, sila hubungi mak teman, through me. okeh?

.
.
.


.ikan panggang sos tiram.




main dish
2 potong ikan tenggiri (sebab kami berdua je)
1 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
3cm halia
garam, gula suka hati
3 sudu besar sos tiram
3 sudu besar kicap manis
serbuk lada hitam secukup rasa
kisar semua kecuali ikan tapi kalau nak buat puree boleh la kisar ikan. heh.


side-dish
sayur bayam
celery
bebola ayam ayamas
semua direbus. air rebusan sayur-sayur tu diletak garam sedikit.


alatan
aluminium foil (mak kata bhgian kilat kat dalam)
sudip (jangan guna penyepit sebab ia akan bocorkan foil)
frying pan @ kuali




cara-cara
1. perap potongan ikan dalam bahan-bahan yang dikisar selama 30 minit atau lebih.
2. dah perap, ambil ikan dan letak dalam aluminium foil. cedok bersama kuah/bahan dikisar tadi sebab ini yang yummeh! balut ikan dengan rapi. 
3. panaskan pan, letak bungkusan ikan tadi atasnya.
4. panggang sampai rasa dah masak, balik-balikkan.
5. dah siap! buka foil berhati-hati. keluar dan letak dalam pinggan bersama sayuran dan bebola ayam. sprinkle lada hitam.


ini sahaja tanpa nasi. dig in!


.
.
.
.kari ayam susu.




bahan-bahan
5 ketul ayam (potong kecil)
2 biji ubi kentang
1 tangkai daun kari (father-in-law ade bagi pokok, senang tak yah beli)
2 sudu besar serbuk kari

1 keping asam gelugor
sedikit serbuk kayu manis
sedikit jintan halus
garam, gula suka hati
secawan susu rendah lemak
air masak secukupnya
minyak untuk menumis


1 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
3cm halia
1 biji buah keras (mother-in-law yang ajar bubuh buah ni, bagi lemak)
keempat-empat bahan ni dikisar.


cara-cara
1. tumis bahan yang dikisar dengan minyak masak.
2. bila bahan dah kekuningan, masukkan daun kari, serbuk kayu manis, jintan and serbuk kari yang dah dilarut dalam sedikit air.
3. dah keluar bau dah pecah minyak, masukkan air secukup seiring sepadan jumlah ayam.
4. dah didih, masukkan ayam dan susu. biar selama 20 minit.
5. tambah garam dan gula. masukkan asam gelugor.
6. masukkan ubi kentang yang dah dipotong enam. 
7. biar sampai ayam dan kentang lembut. siap!


.
.
.
.nasi berempah ayam ala arab.




bahan-bahan
5 ketul ayam (potong kecil)
2 cawan beras
1 labu bawang besar
5 ulas bawang putih
3 inci halia
1 sudu kecil serbuk kayu manis
1 sudu kecil jintan manis
2 kuntum bunga lawang
sedikit serbuk kari daging
1 kiub ayam
1 sudu besar mentega
2 batang lobak merah
garam suka hati


cara-cara
1. mayang bawang-bawang dan halia. bahagikan kepada dua bekas.
2. rebus ayam bersama bahan no.1..masukkan juga serbuk kayu manis, jintan, bunga lawang, sedikit garam dan kiub ayam. rebus ayam sehingga separuh masak.
3. tumis sebahagian lagi bahan no.1 dengan mentega (ganti minyak sapi). masukkan juga sedikit serbuk kari daging.
4. gaul beras yang telah dibasuh and ditos dengan bahan tumisan tadi.
6. sediakan periuk nasi. keluarkan ayam dari rebusan dan letak dalam periuk.
7. ratakan beras yang dah digaul di atas ayam. masukkan air rebusan tadi.
8. masukkan lobak merah yang dipotong dadu.
9. tekan suis and masak! shedap :)


kalau google ade juga yang makan dengan acar timun atau sour cream. masakan arab tak banyak kuah kan? dah siap, boleh juga tabur bawang goreng dan daun bawang/sup.







5 comments:

*fatheeha* said...

syisyi...sdap ke pakai susu?ape rase?

syitah said...

hehe santan xde kat rumah.
kedai jauh..
pakai je la susu..
rasa sama, lemak mcm santan gak :)

syitah said...

oh yup..
jgn taruk susu strawberi ke coklat plak ek hehe ;)

azra said...

syisyi..klu sayur tu celur, selain tambah garam, add a pinch (just lil pinch) of sugar...the veges will stay fresh green..

syitah said...

wah pakar memasak dah komen..segan le ;p
thanks!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...