Thursday, December 9, 2010

.tips sebelum kahwin.

okeh seperti yang semua sedia maklum, teman ni dah kahwin. tak tau? kalau tak tau, mesti sebab kome tak kenal teman. kalau tak tau, maknanye kome tak pernah menghadapi orientasi di mana hari kelima diberi kuliah bagi tahu yang kalau dapat kertas sila baca dari mula sampai la hujung kertas footer itu sampai fine print sekali. okeh yang ni bukan kertas la tapi sila baca sampai akhir page screen ni. malas tak payah baca, scroll down sahaja. banyaknye bahasa komputer yang tak reti diterjemahkan. jadilah 'tetikus'.

berbalik kepada tajuk entri. tak, bukan teman nak bagi tips pasal bagaimana nak jaga badan, pergi spa, pergi kursus kahwin tu. itu semua bakal pengantin dah tahu melalui cerita mulut ke mulut dan boleh tahu melalui googling sendiri kalau tak nak dengar cerita. yang teman maksudkan  tips  sebelum kahwin ialah masa pergi bertandang. tak patut la rasanye letak tajuk 'tips majlis bertandang'. nanti yang anak dara dan teruna ni ingat ziarah rumah saudara ke ape kan.

bertandang : majlis kenduri kahwin di pihak yang lagi satu. kalau kome perempuan, majlis bertandang kome di kampung suami kome le, dan sebaliknya.

sebab ape teman nak kongsi tips yang ini? cuba cari kat enjin pencarian, selalu ade tips kuruskan badan, cantikkan rambut dan jaga bayi. ade tak yang membantu menyelesaikan kebuntuan ini? okay la, tak buntu lagi sebab tak lalui lagi. nanti kome dah lalui barulah tertanya-tanya kenapa mak, kakak, makcik, opah, mak mentua tak bagi tahu kene sedia dan bawa ape masa bertandang. bapa, abang, pakcik dan tok tak boleh bagi tahu sebab ni bab perempuan. okay matno, anda boleh berhenti baca sekarang ye. teman pun masih tertanya-tanya hingga kini.

teman kata kena sediakan, sediakan aje. jangan banyak tanya. okeh? garang plak bunyi eheh. sebab nanti masa majlis kenduri kahwin, lebih-lebih lagi yang pasangan kampung atau hometown jauh-jauh dan berturut hari atau selang sehari, tak ade masanye nak keluar cari benda-benda yang perlu disediakan ini. dan untuk pengantin perempuan, kome akan 'berkampung' di hometown suami selama beberapa hari sebelum sampai hari untuk berbulan madu. orait. sila beri tumpuan sekarang dan buka minda luas untuk ingat balik biologi tingkatan empat dan lima.


perkara-perkara berikut adalah tidak mengikut susunan tertentu:


1. tudung yang padan dengan baju pengantin
sebab kemungkinan masa kita tempah baju tu nampak macam tudung butik sesuai dengan warna baju. tapi bila dengar pandangan dan mata yang lebih berpengalaman, tak menarik. eh kenapa tuan punye butik tak berpengalaman? kesian sepupu kene lari beli tudung yang padan pula. tapi kalau kome tempah kat radzuan radziwil tak jadi macam ni la kut.


2. baju kurung
banggalah dengan baju kebangsaan kita. eheh. nampak sopan dan sesuai untuk majlis buka hadiah malam tu atau potong kek atau bergaul mesra dengan keluarga baru. kalau majlis kome lebih vogue, pakai gown la kut. ini adalah kali kedua (sebab pertama masa kenduri kan) seluruh pihak keluarga lelaki akan memandang anda wahai pengantin perempuan dan pandangan pertama adalah penting.


3. getah rambut
getah tau, bukan scrunchie okay. pabila sudah sah menjadi suami isteri maka akan melakukan aktiviti-aktiviti yang halal. jadi sila buka mukasurat 16 buku bertajuk menuju gerbang perkahwinan bab mandi junub.


4. menstrual pads
sila rujuk nombor 3 baris pertama ayat kedua dan guna imaginasi. kalau tak, kapal seluar dalam pun boleh.


baiklah. itu sahaja yang terpikir buat masa ini. harap dapat membantu. terima kasih kepada cerita-cerita yang diceritakan kepada teman dan seterusnya boleh diulas serta disampaikan di sini.


kepada bakal pengantin yang terdiri dari rakan-rakan, adik-adik junior dan sepupu sepapat yang melangsungkan perkahwinan cuti sekolah ini.....selamat mencuba! tahniah dan moga masjid yang dirikan utuh berbahagia hingga akhir hayat. aminn :)


selepas ni nantikan pula entri; tips hadiah bernas untuk wedding!
.
.

4 comments:

Jannah said...

Terpikir kejap apa la masalah benor takde getah rambut nun. Ikat apanya Pn Syitah :)

Anyway, I miss you.

syitah said...

ikat rambut yg yang basah la jannah. mandi junub kan...heheh

i miss you too. are we still on the same wavelength?

bixbite said...

1. jgn lupa baju nk pakai malam tu (takkan nk pakai baju kurung sampai nk tdo kot. i know2! ader yg nk pakai nightwear yg seksi2 tu kan...mind you ur hubby or u nk minum air cane?)
2. and then kain batik/sarung <--hah! kalo lupe bleh pakai pelikat hubby<--aku la tu...
3. toiletries in case alergic to certain product or any special case<--kene bwk toothpaste fresh&white sbb hubby pakai colgate(pedas)
4. towel <--kot2 la...malu nk mintak ngn mertua
heheh~

syitah said...

betul2.
ubat2 perlu. sbb nanti akan penat and terkejut and demam.
ngade la xtahan pedas! ;p
tuala mmg ade, knp nak kain batik?

and xpaham, ape kaitan nightwear dgn nak minum?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...