isnin 9 julai, kume pergi bekerja seperti biasa. masih lagi perlu suntikan jenaprogon sekali setiap tiga hari dan mengambil pil-pil lain. doktor nasihatkan agar kume mengambil cuti tanpa gaji sehingga selesai trimester pertama kerana risiko rawatan ivf. tetapi memandangkan kami ada tanggungan yang lain, kami membuat keputusan kume tak perlu cuti, bekerja tetapi kurangkan pemanduan yang kerap (tuntutan kerja), kurangkan naik turun tangga di pejabat dan cuba kurangkan tekanan di rumah dan pejabat.
temujanji seterusnya di hospital ialah pada jumaat, 13 julai. selepas ujian darah, kami terima berita gembira waktu petangnya! daripada 3 embrio yang dimasukkan tempoh hari, 2 embrio berjaya melalui proses implantasi ke dinding rahim. alhamdulillah.
temujanji seterusnya di hospital ialah pada jumaat, 13 julai. selepas ujian darah, kami terima berita gembira waktu petangnya! daripada 3 embrio yang dimasukkan tempoh hari, 2 embrio berjaya melalui proses implantasi ke dinding rahim. alhamdulillah.
kami dapat lihat dua kantung semasa imbasan. penuh dengan rasa syukur, kami kongsi berita dengan mak abah dan ibu ayah. mohon doa mereka yang pasti tanpa hijab. kami berikan nama buat keduanya. kami akan dapat hadiahkan mereka cucu kembar. gembira sampai tersengih sama-sama.
.our thing 1 and thing 2. |
waktu menerima berita gembira ni, sudah 30 hari dalam rawatan. kami membuat keputusan, tak perlu kongsi lagi dengan rakan-rakan sekerja kerana usia kandungan masih terlalu awal. namun, sebenarnya usia kehamilan secara ivf tidak sama dengan kehamilan secara normal. boleh baca informasi di sini jika berminat.
masuk minggu ke-2 bekerja, paginya kume minta time-off sebab perlu suntik jenaprogon di klinik kesihatan. setelah selesai dan dalam perjalanan ke pejabat, terasa kesakitan yang amat sangat di rahim. sukar nak memandu. tak pernah rasa kesakitan macam tu. sedapkan hati fikir mungkin kesan suntikan.
setibanya di pejabat, berjalan keluar dari ruppel nak pergi imbas jari untuk rekod kehadiran. sakit mencucuk lagi sampai kena berpaut pada belakang ruppel. selesai, gagahi diri ke unit kami di tingkat 1. kemudian, berjalan perlahan-lahan ke tandas pula. subhanAllah...mencurah-curah darah keluar. panik dan kecewa bercampur baur.
pertama kali air mata gugur depan rakan-rakan sekerja. mereka prihatin, memujuk kata itu normal semasa proses implantasi. memujuk mungkin tiada apa jika darahnya merah. apakah punca pendarahan di awal kehamilan? boleh baca lebih lanjut di sini. kume cuba bertenang lalu menghubungi doktor.
ejal datang ke pejabat dan bawa kume ke hospital. imbasan awal menunjukkan ada darah dalam rahim tetapi kedua-dua kantung dalam keadaan selamat dalam minggu ke-5 kehamilan. alhamdulillah. berbunga semula harapan kami.
ejal datang ke pejabat dan bawa kume ke hospital. imbasan awal menunjukkan ada darah dalam rahim tetapi kedua-dua kantung dalam keadaan selamat dalam minggu ke-5 kehamilan. alhamdulillah. berbunga semula harapan kami.
kume diberikan lagi cuti sakit selama 2 minggu.
ada tempoh seminggu tu kume menumpang di rumah mak abah
sebab ejal bertugas di singapura.
jadi, dia risau kume duduk di rumah sorang.
dalam tempoh tu jugak, ada temujanji di hospital.
mak abah la yang temani sebab
tak benarkan kume memandu.
tak benarkan kume memandu.
sediakan katil di ruang tamu.
sediakan makan minum.
sediakan alas anti licin di bilik mandi.
pinggan mangkuk pun tak bagi kume basuh.
terima kasih mak abah.
#unconditionallove
sepanjang tempoh kehamilan ni, tiada alahan.
kume cuma tak ada nafsu nak makan nasi.
peliknya, ejal pun sama!
kami berdua lebih suka mencari menu tanpa nasi
dan menjadi kurang berselera.
entri seterusnya: kantung kehamilan tidak sekata
..
.
thank you for reading!
No comments:
Post a Comment