Monday, February 11, 2019

.imbasan transvaginal.

assalamualaikum,


isnin 9 julai, kume pergi bekerja seperti biasa. masih lagi perlu suntikan jenaprogon sekali setiap tiga hari dan mengambil pil-pil lain. doktor nasihatkan agar kume mengambil cuti tanpa gaji sehingga selesai trimester pertama kerana risiko rawatan ivf. tetapi memandangkan kami ada tanggungan yang lain, kami membuat keputusan kume tak perlu cuti, bekerja tetapi kurangkan pemanduan yang kerap (tuntutan kerja), kurangkan naik turun tangga di pejabat dan cuba kurangkan tekanan di rumah dan pejabat.

temujanji seterusnya di hospital ialah pada jumaat, 13 julai. selepas ujian darah, kami terima berita gembira waktu petangnya! daripada 3 embrio yang dimasukkan tempoh hari, 2 embrio berjaya melalui proses implantasi ke dinding rahim. alhamdulillah.

kami dapat lihat dua kantung semasa imbasan. penuh dengan rasa syukur, kami kongsi berita dengan mak abah dan ibu ayah. mohon doa mereka yang pasti tanpa hijab. kami berikan nama buat keduanya. kami akan dapat hadiahkan mereka cucu kembar. gembira sampai tersengih sama-sama.

.our thing 1 and thing 2.

waktu menerima berita gembira ni, sudah 30 hari dalam rawatan. kami membuat keputusan, tak perlu kongsi lagi dengan rakan-rakan sekerja kerana usia kandungan masih terlalu awal. namun, sebenarnya usia kehamilan secara ivf tidak sama dengan kehamilan secara normal. boleh baca informasi di sini jika berminat.

masuk minggu ke-2 bekerja, paginya kume minta time-off sebab perlu suntik jenaprogon di klinik kesihatan. setelah selesai dan dalam perjalanan ke pejabat, terasa kesakitan yang amat sangat di rahim. sukar nak memandu. tak pernah rasa kesakitan macam tu. sedapkan hati fikir mungkin kesan suntikan.

setibanya di pejabat, berjalan keluar dari ruppel nak pergi imbas jari untuk rekod kehadiran. sakit mencucuk lagi sampai kena berpaut pada belakang ruppelselesai, gagahi diri ke unit kami di tingkat 1. kemudian, berjalan perlahan-lahan ke tandas pula. subhanAllah...mencurah-curah darah keluar. panik dan kecewa bercampur baur.

pertama kali air mata gugur depan rakan-rakan sekerja. mereka prihatin, memujuk kata itu normal semasa proses implantasi. memujuk mungkin tiada apa jika darahnya merah. apakah punca pendarahan di awal kehamilan? boleh baca lebih lanjut di sinikume cuba bertenang lalu menghubungi doktor. 

ejal datang ke pejabat dan bawa kume ke hospital. imbasan awal menunjukkan ada darah dalam rahim tetapi kedua-dua kantung dalam keadaan selamat dalam minggu ke-5 kehamilan. alhamdulillah. berbunga semula harapan kami.

kume diberikan lagi cuti sakit selama 2 minggu.
ada tempoh seminggu tu kume menumpang di rumah mak abah
sebab ejal bertugas di singapura.
jadi, dia risau kume duduk di rumah sorang.
dalam tempoh tu jugak, ada temujanji di hospital.
mak abah la yang temani sebab
tak benarkan kume memandu.
sediakan katil di ruang tamu.
sediakan makan minum.
sediakan alas anti licin di bilik mandi.
pinggan mangkuk pun tak bagi kume basuh.
terima kasih mak abah.
#unconditionallove

sepanjang tempoh kehamilan ni, tiada alahan.
kume cuma tak ada nafsu nak makan nasi.
peliknya, ejal pun sama!
kami berdua lebih suka mencari menu tanpa nasi
dan menjadi kurang berselera.


entri seterusnya: kantung kehamilan tidak sekata
.
.
.
thank you for reading!

Monday, February 4, 2019

.suntikan dan ubat.

assalamualaikum,

.rumah manis rumah.

lepas sarapan dengan mak abah, kami pi klinik kesihatan sungkai untuk cucuk. setiap 3 hari, syitah kena cucuk di klinik sampai cukup 21 hari.


mak abah datang beraya pada petang raya pertama.
dapat bekalan kasih sayang, rendang ayam & rendang tok!
#countyourblessing

percubaan ivf kali ke-2 ni
kume dapat beberapa ubat yang berbeza.
pada telahan kume,
doktor pun cuba jaya jugak.
buat intervensi macam cikgu-cikgu.
apa program yang tak sesuai dengan murid,
perlu cuba kaedah dan program lain.
apa yang tak sesuai dengan pesakit ni,
dia akan ubah tambah lain untuk sesi seterusnya.
kan?
#randomtvseriesknowledge
#house

kali ni kume kena suntik setiap 3 hari.
skala tahap kesakitan 1-10?
semasa suntikan : 4 sahaja
beberapa jam selepas suntikan: 3

tak pasti kenapa tak boleh suntik sendiri
atau dengan bantuan suami.
mudah sikit buat di rumah dan tempat kerja.
kali ni, bila hari suntikan jatuh pada hari minggu,
kena cari klinik swasta atau ke wad kecemasan di hospital.
jenuh jugak nak terangkan semula prosedur
dari A ke Z setiap kali ke klinik berbeza.


.bukan iklan berbayar.
selama 21 harinie, syitah kena makan banyak ubat mengikut masa yang telah ditetapkan iaitu 8.00 pagi, 4.00 petang dan 10.00 malam. oleh itu, aku pi belikan tempat ubat nie kat medi farmasi di sungkai city. sekali dengan kismis tok guru. sehari makan 11 biji.

dalam bekas ubat tu ada pil asid folik,
duphaston dan progynova.
macam cubaan pertama dulu,
selama 21 hari ni pun perlu masukkan gel crinone.

rawatan ivf yang mengambil masa
beberapa tahun...
semua ubat yang masuk dalam badan
akan jadi darah daging.
pernah tak kome terfikir,
ada kemungkinan tak
jadi asbab penyakit lain?
risau jugak bila baca risalah kecil
dalam setiap kotak ubat-ubatan ni.
dinyatakan tindakbalas pada ubat
dan juga kesan jangka masa panjang.
kesan jangka masa panjang jenaprogon,
antaranya.....kanser rahim.
nauzubillahminzalik.


.di klinik kesihatan menunggu giliran.

dalam setiap kotak ada 5 ampul sahaja
dan kami perlu beli di sunfert.
tak pasti jika harganya lain di farmasi luar.
what is jenaprogon?

setiap kali selepas suntik,
akan ada ketulan seperti bengkak
di bahagian bawah kulit yang disuntik.
nurse pesan boleh tuam untuk kurangkan bengkak
tetapi hanya di sekeliling kawasan suntikan sahaja.
kalau baca di forum,
ramai yang alami bengkak sebesar bola tenis!
alhamdulillah, kume idak la sampai gitu.

setelah tamat cuti sakit yang diberi doktor untuk 3 minggu,
kume kembali mula bekerja isnin berikutnya.


entri seterusnya: imbasan transvaginal
.
.
.
thank you for reading!