hellooo semua!
entri kali ni dan beberapa seterusnya
yang berkaitan dengan rawatan IVF,
kume nak cuba sesuatu yang lain sikit.
yang berkaitan dengan rawatan IVF,
kume nak cuba sesuatu yang lain sikit.
kongsi cerita daripada dua sudut berbeza.
apa yang suami tulis dan apa yang kume alami.
ejal catat semua ni dalam telefon dia.
(sebab kume tak boleh sentuh telefon selepas FET)
disebabkan ejal menulis menggunakan bahasa melayu,
kume pun cubalah.
#letsdothis!
(sebab kume tak boleh sentuh telefon selepas FET)
disebabkan ejal menulis menggunakan bahasa melayu,
kume pun cubalah.
#letsdothis!
.sunfert, ipoh. |
rawatan prosedur ivf akan berlaku
hari ni 14 jun 2018. kami sampai awal pukul 10.55 am dan rawatan akan mula pada
11.30 am. telah diberi penerangan oleh staf nurse, 3 embrio akan dimasukkan.
semuanya average quality. semoga kalinie berjaya. syitah dah start masuk tadi
pukul 11.20am.
kami mulakan rawatan dari bulan mei.
tetapi kemudian dapat tahu,
prosedur FET jatuh sehari sebelum aidilfitri.
perasaan bercampur baur.
teruja nak lalui pengalaman FET semula,
sedih sebab tak balik beraya,
seronok nak beraya di sungkai kali pertama!
#parentsaresookaywiththis #pleasesayyes
pengalaman FET sangat lain kali ni.
salin baju, menunggu di bilik pemulihan,
tak dibenarkan duduk,
jadi, mundar mandir la dalam tu.
sembang dengan rakan IVF lain,
dipanggil untuk imbas rahim,
balik semula ke bilik pemulihan,
jalan lagi, imbas semula, kembali semula,
imbas lagi dan akhirnya….
rahim sedia untuk prosedur FET.
#thanksbladder
sambil baring di bilik pembedahan,
jururawat hampiri katil dan minta rujuk semula borang.
pasti nama betul? kad pengenalan? nama suami?
maklum 3 embrio akan dimasukkan?
boleh pilih lagu apa nak dimainkan semasa prosedur.
jururawat tak faham kehendak kume,
deme pilih video klip jemaah sedang solat.
#awkward
kume minta zikir sebenarnya.
doktor masuk dan prosedur bermula.
FET ambil masa dalam beberapa minit sahaja.
kembali ke bilik pemulihan. alhamdulillah.
katil disengetkan, kaki ke atas, kepala ke bawah.
bersabar menunggu sekurang-kurangnya 30 minit.
hai la jebat,
hampir sejam dah menahan ni!
#workwithmebladder
14 jun 2018.
bermulalah proses berpantang.
tak boleh sentuh
telefon bimbit, komputer riba,
ketuhar gelombang mikro
dan elak beberapa jenis makanan
selama 21 hari.
entri pertama : second try
entri seterusnya: tempoh berpantang
.
..
thank you for reading!
No comments:
Post a Comment