ni cerita 6 mei lepas.
program fit sempena hari guru peringkat negeri
dan bertempat di smk seri manjung.
ada program senamrobik & 10000 langkah.
sejam empat puluh minit perjalanan
dari sungkai ke manjung.
kami bertolak dalam 5.00am,
singgah solat subuh
dan terus ke destinasi.
.anggaran laluan kami. |
masa kami tiba dalam 7.00am,
program belum bermula.
kami sertai sesi memanaskan badan sekejap
kemudian mula berjalan 10000 langkah.
rasanya dalam 4KM sahaja.
siapa yang tak larat, ada van disediakan
untuk balik semula ke sekolah tu.
kume tau siapa yang naik van tu.
tapi deme takmau ngaku...
eheheh..
alhamdulillah selesai 10000 langkah.
mungkin lebih?
terima kasih suami sebab menemani
pegawai ni menjalankan amanah.
.wefie bersama timbalan pengarah di belakang tu. |
bahagia dan sengsara sebenornye
semasa ikut laluan yang disediakan.
sepanjang laluan, kiri kanan bahu jalan
adalah kawasan perumahan.
musim buah weh!
penuh pokok mempelam aje.
haihh sabor je la...
263 kcal burnt!
selesai tugas, bergerak ke ipoh
untuk pertandingan boling santai
bersama rakan-rakan pejabat.
masa ni kume dapat nombor akhir sekali.
hahah penat berjalan pagi tu kut.
dapatlah jugak hamper alhamdulillah.
.
.
thank you for reading!
No comments:
Post a Comment