Monday, March 4, 2019

.reda dan tawakal.

assalamualaikum,

30 julai kami ke hospital lagi.
rutin yang sama juga.
imbasan transvaginal.
ujian darah.
ambil ubat di farmasi.

.kedua-dua kantung tidak sekata.

imbasan kali ni masih tiada perubahan.
kantung-kantung kehamilan masih tidak sekata.
no fetal pole, no fetal heartbeat.
tapi doktor kami masih yakin.
kiraan umur kehamilan bayi ivf kan berbeza.

berlalu pula ke ruang depan.
kume ingat pesan jururawat...
kalau nak keputusan ujian darah lebih cepat,
hantar sendiri sampel darah ke makmal.
lalu kume berjalan perlahan ke makmal yang agak jauh.

patah balik ke klinik O&G dan
menunggu giliran untuk ke bilik rundingan pula.

.hantar sendiri ke makmal.

selesai semua urusan,
kume pergi ke farmasi menunggu giliran.
terima progynova lagi tetapi dos yang berlainan.
kume pelik lalu mohon masuk semula ke bilik rundingan.

doktor maklum kesilapan pada kotak ubat,
dengan yakin dia sendiri ke farmasi untuk menambah dos kume.
sementara kume menunggu,
jururawat yang paling kerap berurusan dengan kami
muncul dan menyemak sistem dalam komputer.
dia menyemak data bagi ujian darah yang telah selesai.
nama kume terpampang.

jururawat mencetak laporan dan serahkan pada kume.
luar biasa kali ni,
melihat laporan ujian darah di tangan
dengan perasaan yang jauh lebih tenang dari minggu lepas.
mungkin kume sudah reda.
tawakal sahaja pada Allah swt.

.tahap hCG menurun.


sedang membelek kertas sekeping ni,
doktor masuk semula dengan beberapa kotak progynova.
lantas kume senyum,
mohon maaf
dan serahkan laporan tu.
tahap hCG jelas telah menurun
dari 29492 U/L ke 29095 U/L
dalam masa lebih 72 jam.
petanda jelas bahawa kehamilan tidak berkembang.

doktor duduk terdiam.
berkira-kira dalam otak apa langkah seterusnya.
akhirnya dia bersuara,
"puan boleh berhenti ambil semua ubat."

direnungnya lama muka pesakitnya ni.

"kita akan cuba lagi puan."

kume senyum, mohon maaf lagi.

maaf kerana percubaan kali ini gagal lagi.

"kita tunggu puan gugur secara semula jadi,

nanti datang jumpa saya lagi."


kume keluar dan pergi ke arah mak.
sebak nak maklumkan
tiada sudah bakal cucu-cucu mereka.
menunggu abah datang dengan kereta.
sebak lagi nak kecewakan abah.
berfikir cara nak maklumkan ejal
yang sedang bertugas di trolak.
hela nafas berat dilepaskan.

bermula la tempoh menunggu.
walaupun laporan imbasan transvaginal sudah dianalisa,
keputusan ujian darah sudah jelas,
kami masih menyimpan sekelumit harapan
yang kehamilan ini mungkin berjaya.
7 ogos - doktor lain memeriksa bukaan serviks.
tiada bukaan atau tanda untuk gugur.
10 ogos - mula keluar darah.
13 ogos - lalui imbasan transvaginal. tiada sista, tiada fibroid.
14 ogos - keluar beberapa ketulan darah.
berlaku tempoh istihadah dan kekeliruan haid.
kume ingatkan kehamilan dah gugur sepenuhnya.

pada 20 ogos,
kami ke hospital lagi untuk pemeriksaan lanjut.
kurt penuh dengan beg pakaian
untuk pulang ke kampung menyambut aidiladha
yang jatuh pada 22 ogos.
doktor melihat laporan imbasan transvaginal
dan terus membuat keputusan.
"puan sila daftar masuk wad 1.
kita akan lakukan D&C with suction hari ini."


keputusan doktor disambut dengan muka terkejut.


entri seterusnya: dilation and curettage with suction
.
.
.
thank you for reading!

No comments: