Monday, March 11, 2019

.dilation and curettage with suction.

assalamualaikum,

bermula awal ogos,
kume dah mula bertanya sana sini pada doktor dan
kawan-kawan yang ada pengalaman keguguran.
mohon nasihat, cara berpantang dan lain-lain.
semua doktor nasihat tak perlu berpantang.
seorang doktor perempuan berkata,
"puan seperti turun haid yang berat sahaja"

di samping itu, cari informasi mengenai prosedur D&C
yang beberapa kenalan kata pengalaman ngeri.
walaupun waktu ni belum tahu akan melalui D&C,
kume saja bersiap sedia.
melihat kerisauan kume tempoh hari,
doktor dah terangkan perbezaan D&C biasa dan with suction.

istilah mudahnya,
dilation - pembukaan serviks.
curettage - penyingkiran tisu dalam rahim dengan alat yang disebut curette.
suction - sedutan.
jadi, dari kefahaman kume...
seperti yang diterangkan doktor di klinik O&G,
D&C with suction ini kurang risiko dan kurang sakit.

.keguguran tidak lengkap.

kume perlu lalui prosedur ni sebab tempoh keguguran
sudah lama dan untuk elak jangkitan atau tumpah darah.
pengalaman pertama kali duduk di wad hospital kerajaan.
mohon bilik tetapi tiada kekosongan.
pertama kali bermalam bersama pesakit-pesakit lain.
pertama kali menggunakan bilik mandi awam di hospital.
pertama kali menyarung baju wad perempuan yang berbelang-belang.
seperti biasa bila melalui benda baru,
kume teruja!

.nombor kegemaran.

doktor, jururawat, doktor pelatih dan pekerja hospital datang silih berganti.
ambil darah, periksa bukaan (ini sakit!), tandatangan borang.
kume terima baju untuk pembedahan sebaik sahaja masuk wad
dalam 11.00am tetapi waktu pembedahan belum dimaklumkan.
sibuk la ejal mencari keperluan untuk kume duduk bermalam.
alhamdulillah kami dah ada beg pakaian dalam kurt.
rasa bersalah lagi pada ejal dan keluarga.

kume perlu berpuasa beberapa jam sebelum pembedahan
sehinga 6 jam selepas pembedahan.
sekitar 5.00pm, doktor datang maklumkan akan ke OT.
di dalam OT, pakar bius mula bertanya itu ini.
bila maklum kume ada alergi kepada banyak jenis ubat tahan sakit,
keputusan dibuat untuk lakukan local anaesthetic sahaja
dan kume panik bila diberitahu spinal anaesthesia akan dilaksanakan.
pengalaman pertama lagi.
skala kesakitan prosedur spinal anaesthesia : 9/10 

alhamdulillah pembedahan D&C with suction berjalan dengan lancar.
11.00pm dibolehkan minum dan makan.
keesokan hari, selepas pemeriksaan doktor,
kume dapat pelepasan dari hospital waktu tengahari.
pulang la kume ke rumah untuk teruskan berehat dan
ejal membuat keputusan kami berhari raya aidiladha di sungkai sahaja.

tamat la usaha ke-2 kami dalam rawatan ivf.
bersyukur merasa hamil selama hampir 2 bulan,
menyimpan angan-angan dikurniakan anak kembar,
berpeluang menamakan embrio-embrio yang belum tentu matang...
tetapi...kume sebenarnya penat.
penat dibebani emosi naik turun yang pelbagai.
penat fizikal sana sini dicucuk dirodok.
penat menyusahkan dan menghampakan orang lain.

moga kalian diberikan semangat berlipat kali ganda dari kume.
moga perkongsian mengenai rawatan ivf ni
memberi manfaat dan informasi
pada kalian yang akan atau sedang melaluinya juga.
belajar dari kesilapan kami kali ni.
jika diberi kekuatan...
kami akan cuba lagi tahun ini.
jika diizinkan Allah swt.
doakan kami ye.




thank you for reading!

No comments: