assalamualaikum,
15 ogos 2020
kami mula semula usaha untuk dapatkan zuriat.
percubaan kali ketiga.
ubat/supplement yang kena ambil sebelum dan semasa rawatan:
metformin
vitamin D
folic acid
coenzyme Q10
doktor ada maklumkan,
tahap imunisasi aku berbeza dengan orang lain.
aku ada alergi pada NSAIDs (ubat tahan sakit).
secara umum, bila ada bendasing dalam badan,
sistem imunisasi akan lawan
dan cuba bunuh bendasing tersebut untuk selamatkan badan.
hence, the occasional swelling or flu or fever.
however, my body usually would react more aggressively.
sebagai contoh,
kalau aku kena alergi makanan atau ubat,
mata akan bengkak dan gatal,
tekak pun gatal dan paling teruk setakat ni, sesak nafas.
jadi, dalam rawatan ketiga ni,
apabila dah masukkan embrio,
doktor akan bagi ubat untuk kawal reaksi imunisasi dalam badan
yang nak lawan/bunuh bendasing ni (embrio)
untuk pastikan kehamilan berjaya.
my immunity is scary, ain't it?
doktor juga ada cadang beberapa langkah berbeza
yang kami tak pernah cuba sebelum ini
untuk tinggikan peratus kehamilan.
he explained the plan in layman's terms.
pertama,
dia akan letak lebih 'gam' pada embrio
untuk pastikan ia kuat melekat di dinding rahim.
kedua,
kesemua embrio akan dinyahbeku,
dibiakkan ke hari ke-5, dipilih antara yang berjaya
dan dimasukkan ke dalam rahim.
or in his words,
"saya akan letak gam gajah nanti"
"semua kita akan bagi ujian untuk masuk sampai darjah 5,
ujian ni susah jadi tak semua akan berjaya"
entri seterusnya: FET ketiga
..
.
2 comments:
Wish u all d best..sy juga aln buat FET 26.11.2020 ni..doakn kta smua yer.ameen
terima kasih...moga semua prosedur lancar dan berjaya, inshaAllah
Post a Comment