okay cerita ni dah lama. baru teringat nak kongsi sebab pagi tadi berbasikal lagi ke pekan sungkai dan sekitarnya dalam 15.6 kilometer. dah lama tak berbasikal jauh, jadi kena mula balik ;p
berikut adalah kilometer paling jauh setakat ni yang teman mampu buat. sungkai-simpang besout-trolak-sungkai. hubby dah boleh lebih jauh sebab dia lagi rajin sertai jamboree bagai.
.sungkai-simpang besout-trolak-sungkai.
penat sebenornye mengayuh ni.
sakit punggung lagi haha.
hubby yang ada seat with gel cushion dan padded shorts
pun boleh sakit bila dah lama tinggal,
inikan pula teman yang guna kusyen semulajadi sahaja.
.simpang besout-sungkai.
arah jalan lurus belakang tu ke besout.
kami dari simpang sebelah kanan gambar.
.bukit dua beradik.
ada dua bukit di dalam perjalanan dari simpang besout tadi
nak ke jalan besar trolak.
sebelum mula perjalanan, memang rasa seronok.
teruja. tak sabar-sabar.
tapi bila sedang mengayuh, mendaki bukit-bukit ni..
mula terfikir "kenapa laaa duk menyeksa diri nih??!"
hehe tapi bila dah turun, emosi stabil balik.
benda yang sama akan terjadi lagi.
that's the thrill, i guess.
challenge your body and mind.
conquering your weakness.
okay, that's all..
till our next adventure!
..
.
thank you for reading!
No comments:
Post a Comment