Monday, July 18, 2022

.positif covid.

a posting from my facebook on march 2, 2022. ended our quarantine on march 9, 2022.
.
.
sabtu malam ahad di alostaq, tekak mula sakit. bangun pagi ahad, mula sakit kepala yang buat rasa nak ketuk-ketuk kepala. buat saliva test tapi garisan kedua samar-samar.

ibu buatkan air rebusan cengkih dan serai untuk sedut wap. ayah sediakan sarapan. pegi klinik buat RTK, negatif. alhamdulillah ibu ayah pun negatif.

masih asingkan diri dalam bilik. malam tu ditambah gigil sejuk dan selsema tak boleh baring tidur sebab nanti hidung sumbat. jadi, pejam mata sambil hayun badan, back and forth.

pagi isnin buat test lagi. garisan makin terang. balik sungkai terus dan lapor pada mysejahtera dan majikan. ambil panadol, ubat selsema dan strepsils. waktu ni dalam kereta, i got a runny nose.




sampai sungkai, berkurung kat master bedroom. ejal hantar makanan dan tambah ubat. alhamdulillah sakit kepala dah kurang. mula batuk berkahak, badan lemah lesu.

pagi ni ejal Buzal Garden buat saliva test, positif tapi takde gejala lagi. ada geng but tsk tsk...tak dapat layanan room service dah. kena turun pi masak sendiri.

doakan kami sihat semula tanpa kesan long covid. doakan moga PCR test nanti takde sisa coronavirus ni dalam badan kami. moga dipermudah semua urusan rakan-rakan dan keluarga yang dijangkiti covid-19.
.
.
.
thank you for reading!

No comments: