Saturday, October 4, 2014

.rawatan iui.

assalamualaikum readers!


selamat datang ke bab kedua : rawatan IUI


rawatan di klinik obstetrik dan ginekologi (O&G), hospital ipoh bermula beberapa tahun lepas. cadangan untuk memulakan rawatan di sini telah diberi oleh nenek saudara yang adiknya berjaya mengandung dan melahirkan dengan bantuan doktor pakar di situ. terima kasih wanchu! :) alhamdulillah kami turut dirawat oleh doktor pakar yang sama setelah beberapa kali lawatan.

setelah melihat rekod rawatan, langkah pertama yang perlu dilalui ialah ujian darah dan ujian kiraan sperma. sebab kami telah pun membuat ujian-ujian ini bersama doktor swasta, laporan hanya perlu dikepilkan bersama. lantas kami pergi semula ke klinik swasta untuk mendapatkan semua laporan dan surat dari doktor pakar tersebut. ujian-ujian ini telah lama kami ambil di klinik BP Healthcare sejak mula-mula berniat untuk mendapatkan zuriat.

penelitian laporan dilakukan dan seterusnya doktor pakar ipoh berkehendakkan laporan ujan hsg pula. selepas menerangkan apa yang terjadi, doktor kami tidak berpuas hati dengan keputusan ujian itu. remember, the test was conducted without  x-ray equipment? oleh itu, beliau menyarankan si isteri menjalani ujian hsg semula di jabatan pengimejan diagnostik. ujian hsg sebelum ini bukanlah salah cuma kata doktor kami, kaedah yang digunakan adalah kaedah lama dan hanya doktor itu sahaja yang masih menggunakannya. old school doctor!

okay, kali ini ujian hsg adalah sangat sakit! skala 1 ke 10, kesakitan adalah 8. tetapi teman berpeluang melihat sendiri pengaliran cecair dye yang masuk dalam tiub fallopian. so yeay! :) alhamdulillah kali ini pasukan yang melakukan ujian juga adalah perempuan dan sangat lemah lembut serta bertimbang rasa. mereka menerangkan setiap langkah yang dilakukan dan kata-kata semangat diberikan. seorang staff lelaki turut hadir untuk memantau alat pengimejan tetapi tidak dipandangnya kiri kanan selain skrin x-ray.

setelah selesai, teman diberikan masa untuk berehat dan untuk dibawa pulang, pil untuk menahan sakit. setelah beberapa hari, keputusan ujian dikeluarkan dan diserahkan semula kepada klinik O&G. alhamdulillah keputusan adalah masih positif, tiada halangan dalam tiub fallopian. jadi, kami bersedia untuk rawatan seterusnya iaitu rawatan IUI. klik untuk tahu lebih lanjut.

http://americanpregnancy.org

jika sudah baca pada pautan entri bab pertama, sekalian akan faham bahawa PCOS akan menyebabkan kitaran haid tidak tetap. tiga bulan sekali atau yang paling lama pernah dialami ialah enam bulan sekali. jadi, temujanji dengan hospital bukanlah boleh dibuat lebih awal atau boleh dijangka bila masa sesuai. Kitaran haid tidak tetap sebab dinding ovari tebal dan ovum tidak boleh keluar dari ovari untuk disenyawakan dengan sperma secara normal.

seingat teman la, rawatan iui ini berlaku semasa cuti sekolah. jadi, kami yang semasa itu bercuti di kampung halaman terpaksa berulang alik selang sehari untuk membuat imbasan pada ovari bagi melihat perkembangan folikel. folikel perlu berada pada saiz yang betul untuk prosedur seterusnya iaitu memasukkan air mani. pada temujanji pertama semasa imbasan, folikel belum mencapai saiz yang baik tetapi beberapa sudah berpotensi untuk terus membesar dengan baik.



kami disuruh pulang dan datang pada lusanya pula untuk imbasan semula dan kemungkinan untuk terus melakukan prosedur iui. malangnya, pada hari temujanji, folikel-folikel yang berpotensi tempoh harinya telah pecah. yang tinggal hanya yang kecil-kecil sahaja. oleh itu, doktor lain yang melihat laporan imbasan membuat keputusan rawatan iui tidak boleh diteruskan dan perlu menunggu kitaran haid seterusnya.....yang tidak tahu bila pula akan kunjung tiba   -____-

haih. sudah hampir putus asa di saat ini. beberapa doktor. pelbagai rawatan. bermacam kos rawatan. beberapa kali ujian. rawatan tidak berjaya. namun, ujian dan rintangan perlu dihadapi. perghh ayat xbleh blah ;P

walaupun wujud pelbagai dugaan seperti kos rawatan dan kos tersembunyi (perjalanan, servis kereta, masa meninggal kerja, tidak memenuhi jemputan, emosi terganggu etc), teman rasa semua ni masih boleh dipikul lagi.



alhamdulillah kami masih diberi fizikal yang sihat,
tak perlu menjalani pembedahan setakat ini...
alhamdulillah sebab kami kakitangan kerajaan
banyak keistimewaan di sini bila cakap pasal kos..
alhamdulillah keluarga kami memberi sokongan,
alhamdulillah majikan turut memahami.

ramai lagi yang terima dugaan lebih hebat,
majikan tidak luluskan cuti,
membayar kos rawatan lebih tinggi,
tetapi masih tabah mengingati Allah swt.
kenapa pula kami nak putus asa kan?



bab pertama : ujian hsg

bab ketiga : rawatan ivf
.
.
.
thank you for reading!

6 comments:

Unknown said...

1. rileks

2. tabah

3. macam blaja biologi dah aku rasa baca entry ko

4. amin

5. bile nak belanja aku makan kat area Perak?

6. putus asa tu jangan. usaha itu perlu sentiasa.

syitah said...

matang sgt lah nasihat ko! hehe

dulu teringin nak further dlm biologi tapi xcukup pandai..

bila nak turun perak? area sungkai xbyk special. kalau ipoh okay :)

bila wedding? jemput tau! haha

Unknown said...

1. matang la. dah berapa lama aku jadi keyboard warrior. hahahahaha

2. x ckup pandai? itu satu penipuan.

3. ipoh city slacker!!

4. wedding? mehhhh..its so hipsterrrrghhhhhhhhhhhhhhh.

syitah said...

yek la. kan aku tak lepas exam kemasukkan mrsm hehe. hey faizal mana sekarang? kita tiga org kan pegi exam tu..

err did you mean city slicker? urban sgt term. aku x faham haha

so not! (pretending to care what hispter means)

Unknown said...

1. die jadi orang yang berguna. janggut pun dah macam UAI. aku x rasa kite bertiga. ade a few lagi. tapi kalo paling rare....... kah3

2. slacker. xpe. term itu mungkin terlalu muda. hahaha

3. so yes! hahahaha.

syitah said...

belum 30 lagi ko dah buat aku rasa tua haha

owh ramai lagi. lupa dah. kita naik keta cikgu kan? alhamdulillah. semua jd manusia la :)