bismillahirahmanirrahim..
assalamualaikum!
assalamualaikum!
bab pertama : ujian hsg
(entry sudah lama diperam. diubah suai. ditambah gubah)
ya, teman tau topik ni mungkin kurang selesa untuk dibaca semua orang. lebih-lebih lagi yang tiada vagina dan uterus. tapi teman tergerak hati hendak berkongsi apa yang dilalui sebab ikut pengalaman dan pencarian, tak banyak perkongsian begini yang dilakukan dalam komuniti kita untuk rujukan kepada yang sedang melalui masalah yang sama.

sejak dua tahun lepas, kami telah berusaha untuk mendapatkan cahaya mata. kami ke klinik kerajaan dan pusat perubatan swasta. kami sudah ke makmal ujian darah dan perubatan secara tradisional. kami sudah mengamalkan pemakanan kesihatan tambahan dan menjaga kesihatan. teman sudah diberi pil hormon dan pelbagai pil lain. pil-pil untuk melancarkan kitaran haid, untuk meningkatkan kesuburan. kami turut sentiasa memohon kepada yang maha memahami dan mengetahui serta berharap yang mengenali turut mendoakan :) tetapi jelas, belum ada rezeki kami.
beberapa bulan lepas, rakan sekolah teman berkongsi pengalamannya berkenaan rawatan kesuburan. dia sekarang sedang menunggu masa untuk bersalin (sekarang mereka sudah dikurniakan anak kedua! lama gile peram entri ni hehe). melihat hasil cubaan mereka, lantas beberapa bulan lepas, kami bercadang menggunakan khidmat doktor yang sama. ini ialah doktor teman yang ketiga. setelah mengimbas uterus dan ovari, doktor pakar sakit puan ini mengesahkan teman ada tanda-tanda PCOS. oooh, baru faham kenapa terjadi apa yang terjadi. klik kalau mahu baca lebih lanjut.
atas nasihat doktor, teman disarankan menjalani ujian HSG. teman sangat teringin untuk melalui ujian ni sebenarnya. walaupun kurang tahu mengenai prosedurnya tapi teman inginkan keputusan yang cepat supaya masalah pun cepat diselesaikan. sejak dari mula dan di klinik pertama lagi berharap doktor terus cadangkan ujian ni. tapi, semua doktor mulakan dengan pil hormon. it is kinda frustrating. but this is our fault actually. continue reading other chapters and you'll know why.

apakah ujian HSG?
sepatutnya ujian ini menggunakan alat x-ray..
(tahu sebab sehari sebelum dah buat bacaan sikit untuk ambil tahu)
dan sudah bertekad nak tengok sendiri pengaliran cecair tu semasa ujian dijalankan.
tetapi tak tahu kenapa doktor tak gunakan langsung x-ray.
i just thought, hey the doctor knows best!
tettt so wrong!
alhamdulillah selepas jalani ujian ni,
doktor dapati tiub semua okay dan tiada halangan.
alhamdulillah tiada masalah lebih besar
dari simptom PCOS yang juga tidak kritikal.
bagaimana dia tahu tanpa tengok x-ray?
she said, because she knows/feels that the dye flows freely.
bagaimana dia tahu?
intuition and years of experience i guess!
prosesnya tidak begitu sakit. kesakitan dirasai semasa dye mengalir di dalam tiub. teman tak pernah sakit senggugut jadi tak boleh hendak bandingkan atau samakan. dalam skala 1 sehingga 10, kesakitannya dalam skala 5. selesai ujian, teman disuruh baring di katil lain selama beberapa minit sehingga hilang pening atau sakit. and while lying here, i started to doubt myself.
selepas beberapa bulan dalam rawatan doktor pakar sakit puan ni, kami ambil keputusan untuk berhenti untuk ambil pil hormon sebab tiada hasil dan just go with the flow. sehinggalah
so, new chapters begin! :)
bab kedua : rawatan iui
bab ketiga : rawatan ivf
.
.
thank you for reading!
No comments:
Post a Comment