Sunday, October 12, 2014

.rawatan ivf.

assalamualaikum,

akhirnya, sampailah kita di bab terakhir, bab ketiga : rawatan ivf


walaupun demikian, perjalanan kami dalam usaha untuk mendapatkan cahaya mata tidak berakhir di sini. rawatan ivf mempunyai banyak peringkat. kami baru sahaja melepasi peringkat yang kedua iaitu egg retrieval procedure atau ovum pick-up. peringkat yang pertama adalah di mana si isteri perlu mencucuk diri sendiri dengan dos ubat cecair yang dibekalkan dan mengikut hari yang ditetapkan oleh doktor.

mengikut kelazimannya, rawatan iui akan dilakukan beberapa kali sebelum pasangan tertentu akan ke pilihan seterusnya iaitu ivf. tetapi kami bertekad hendak terus ke pilihan tersebut tanpa mencuba rawatan iui untuk kali kedua.

jadi, memang logik bila kami membuat keputusan untuk terus ke rawatan ivf,
seorang doktor wanita bertubi-tubi
bertanya mengenai keputusan kami tu.
situasi menjadi macam *sigh*

kami diberi tarikh temujanji baru untuk hadir mendengar taklimat
daripada doktor pakar infertiliti dan reproduktif.
taklimat tersebut turut disertai empat pasangan lain.
salah satu pasangan adalah pasangan doktor juga.
kami adalah pasangan paling muda eheh.

doktor pakar tersebut menerangkan mengenai proses, risiko dan akhir sekali kos rawatan. selesai penerangan, beliau memegang sebatang pembaris ala seorang guru hendak merotan dan memulakan sesi soal jawab untuk memastikan kami faham dengan taklimat yang diberi. yeah, he's funny and weird like that. but his method works!

kami kemudian diasingkan semasa penerangan menjadi lebih spesifik. kos, ubat-ubatan dan risiko rawatan adalah berbeza mengikut keadaan pasangan. kami diarahkan untuk membeli dua jenis ubat cecair suntikan iaitu suprefact dan gonal-f. selesai penerangan cara dan masa untuk self-injection, terus lah kami ke farmasi yang dikatakan untuk membeli ubat. 


kemudian, bermula lah sesi membawa cooler ni ke hulu hilir. suprefact dan gonal-f ni perlu sentiasa dalam suhu yang sejuk jadi ke tempat kerja, balik kampung, shopping pun kena bawa cooler sebab tidak tahu bila kitaran haid akan bermula. konon kena sentiasa bersedialah kan. sangat *adoi* situasi ni.

lama-kelamaan, disebabkan teman sudah rasa bosan menunggu bulan jatuh ke riba dan kos ubat yang pada kami masih mahal...kami membuat keputusan untuk tangguhkan rawatan. jadi, kami melepaskan peluang satu kitaran. maka tinggallah suprefact dan gonal-f tersebut di dalam peti ais selama lebih kurang empat bulan kut.


next : self-injection for ivf


bab pertama : ujian hsg

bab kedua : rawatan iui

.
.
.
thank you for reading!

No comments: