Thursday, September 17, 2015

.ucapan buat abah.

assalamualaikum abah,

abah,

adik dah 31 tahun ni...

walaupun adik dah tua,
abah tak pernah berhenti nak jaga anak-anak abah.
masih lagi fikir selesa ke, selamat ke kami.

walaupun adik selalu gaduh dengan abah,
tak boleh duduk sama lebih tiga hari kut
tapi abah bagi je adik menang.

walaupun adik bebai,
abah sabor je tak mau berkecil hati nanti berdosa.

walaupun abah garang masa kami kecik,
tapi adik bertuah merasa semua tu.

walaupun abah sibuk kerja siang kadang-kadang malam,
abah sempat ajar adik berdikari nak hidup.

selamat hari jadi yang ke 57, abah!


 .comel dulu, comel sekarang.
.
.
.
.

adik doakan abah setiap hari.

moga kita sekeluarga dalam lindungan Allah swt.
moga diberi kesihatan yang baik untuk terus beribadat.

walaupun depan-depan susah nak cakap terang-terang,
tapi adik sayang abah tau.
^_____^


.
.
.

2 comments:

cintahati aideen said...

Sweet and touching.

syitah said...

ngeeee~

cer kak ida buat ucapan utk abah kak ida plak hihi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...