Thursday, September 17, 2015

.jalan-jalan cari makan ipoh *updated*.

assalamualaikum duniaa, bangunlah semuaaa...!


dah lama peram cerita ni. memang excited masa ejal kata nak jalan-jalan cari makan di ipoh suatu hujung minggu yang lalu.

satu, sebab bebanan kerja dia bertambah minggu tu
dan perlu luang masa untuk berehat.
dekat-dekat sudah.
bukannya gaji berpuluh ribu nak pergi bora bora huhu.
dua, semenjak sebelum bulan puasa,
kume udah mula berpantang kurangkan karbohidrat.
cheat day ialah pada hari sabtu atau ahad.
jadi inilah masa untuk mentekedarah!
ho yeah!

kume dapat tahu mengenai lokasi-lokasi hidangan sedap ni daripada blog-blog jugak. terima kasih kepada bloggers yang promosi supaya kami pembaca dapat menikmatinye. jadi untuk pendekkan cerita, kome tengok gambor dan rating bagi setiap makanan ye?

sarapan


dekorasi konsep santai nostalgia. gambar amy search pun banyak.
adakah amy search tauke kedai?


roti gede-gede

kume cari lokasi sarapan ni menggunakan aplikasi waze. sedikit sesat sebab kume diberi jalan belakang dan masuk kawasan perumahan. suhaimi cafe ni terletak di bahagian depan, sederet kedai. taman kledang, silibin. cer kome waze.

roti bakar dan telur setengah masak ni kume panggil roti gede-gede. sebab telurnya bergerak menari-nari atas roti. untuk roti gede-gede ni rate dia 5/5. kopi ais pun 5/5 menurut ejal. tetapi untuk hantu nescafe ais, teman rasa suhaimi punya ni tidak ummpphh la. teman bagi 3/5 sahaja. tak habis minum pun.

mee kari deme sedap walaupun sebenornye kume dah kenyang hihi. mee kari dapat 4/5.


kenapa mee kemerahan tak tau

senarai harga

all-time favourite untuk mee kicap, mee/bihun/kue tiau sup atau kari ialah di medan selera dalam megoplex. kalau balik ipoh, memang akan cuba jugak bersarapan kat sini. sila google menora mee kicap gerai no. 25. pada selera kume, lebih sedap yang ini daripada mee kari mat jasak. 5/5!

okay. terbayang-bayang sup menora sekarang



hmmm jadi panjang pulak entri ni.
sambung di entri lain la untuk lunch dan dinner ye?
selamat bersarapan!



p/s: minggu lepas, kami singgah suhaimi cafe sebelum pulang ke kampung. kume cuba spaghetti carbonara pulak untuk sarapan. sedap weh! rate 5/5 sedapnyeee. okay bye!



.
.
.
thank you for reading!

No comments: