sambung lagi cerita jalan-jalan cari makan kita di sekitar ipoh. kali ni kita tengok tempat makan tengahari pulak ye. restoran ni ejal yang jumpa melalui internet jugak.
makan tengahari
restoran saffani ni mudah untuk dicari menggunakan aplikasi waze. kalau mengikut google, ini alamatnya 54, Persiaran Pulai Baru 2, Taman Muda, Simpang Pulai, 31300 Kampung Kepayang, Perak.
deme banyak menyediakan lauk-pauk yang dipanggang; ikan, ayam, sotong etc. pelbagai jenis pilihan kuah untuk cicah pun ada di sebelah kaunter. sebelum kume beredar dari restoran ni, chef-chef deme sedang mula membakar ikan untuk batch lauk seterusnya sebab yang lain dah sold out!
makanan dipanggang di sudut kanan depan restoran.
strategi yang bagus sebenarnye ni.
pelanggan yang datang akan teruja menghidu bau makanan yang dipanggang.
pelanggan boleh lihat sendiri
cara penyediaan makanan.
kebersihan,
kecekapan.
suasana dalam restoran.
ruang makan tak begitu luas.
restorannye kemas dan bersih tetapi
mungkin sebab bangunan lama,
terasa suram sedikit.
pilihan lauk banyak dan layanan bagus.
antara lauk yang kume ambil.
kuah asam sedap.
ayam panggang masak sekata.
sambal belacan superb.
begedil kalau boleh nak tapau.
pucuk paku masak lemak cili padi slurppp!
harga dah lupa tapi memang berpatutan.
rate 5/5
inshaAllah lain kali nak cuba lauk-pauk lain pulak.
selamat makan tengahari!
..
.
thank you for reading!
No comments:
Post a Comment