Tuesday, October 13, 2015

.jalan-jalan cari makan ipoh 3.

assalamualaikum,

okay. gerai seterusnya ni bukan la exactly dalam ipoh. keluar sikit. sungai siput utara. gerai ni akan menerima review yang kurang memberangsangkan. tetapi janganlah biarkan selera dan review kume ni mempengaruhi kome 100%. pergilah rasa dulu sendiri sebab:

a) ramai sangat yang kata sedap.
b) kalau ramai kata sedap, sedap la kan?
c) deme kata berbaloi dengan harga sebab sedap.
d) deme kata murah berbanding hotel.


makan malam

dah lama mengidam nak cuba lobster ni. memang dah jadi viral di internet dan facebook. nak pulak masa dapat tahu tu bulan ramadhan. lagilah nafsu makan tu mengada-ngada kan.

kali pertama melepasi gerai ni ialah menjelang senja semasa dalam perjalanan pulang dari alor setar. ikut jalan lama untuk mengelak kesesakan lalu lintas di lebuhraya akibat ramai yang baru pulang dari kampung berbuka puasa bersama keluarga pada hari sebelumnya. melepasi je la. tak jadi singgah.

kali kedua melepasinya pun tak jadi sebab bila check account facebook mereka, katanya tutup. kali ni ialah beberapa hari selepas hari raya pertama. kali ketiga lah yang menjadi review untuk entri jalan-jalan cari makan ni.


inilah slipper lobster.


seperti yang diceritakan....setelah dipengaruhi oleh media dan selera sendiri yang tak pernah menikmati lobster, kume berdua pun bersemangat la merancang untuk makan malam di gerai tersebut yang bernama woop2lobster, di tepi mh lyfe cafe, berhampiran mh hotel di sungai siput utara.

tika itu, hujan renyai. cuaca sejuk membuatkan kume bertambah lapar. layanan yang diberikan cukup sopan. diterangkan jenis-jenis lobster dan harga. takut kami terkejut agaknya kalau lepas makan baru terkial-kial nak membayar. untuk kali pertama, kume pilih lobster yang paling murah, RM30.00 rasanya. slipper lobster. kononnya nanti inshaAllah kalau datang lain kali nak cuba yang lebih besar dan mahal punya. ha ha.


gerai woop2lobster


aneh. semasa menunggu makanan, bau masakan tidak pula merangsang deria rasa kume. cuma hadir bau panas minyak menggoreng sahaja. apabila makanan tiba, kume tak sangka lobsternya kecil sahaja. tidak seperti yang dipertontonkan di media atau yang dibayangkan. sebab gambar zoom in kut. nampak besar haha. sudah pasti asian dan boston lobster lebih besar. tetapi ni kume tengah menulis pasal slipper lobster.

lobster goreng..............bayangkan udang goreng
sos sedikit...................tiada yang istimewa
kentang goreng 5 butir....dah kurang stok mungkin?
bebola daging 3 biji........liat dagingnya
coleslaw sejemput.........better if served cold

berbaloi dengan harga? pendek kata, rate untuk slipper lobster ini ialah 2/5 sahaja.


sila la berkunjung dan rasa sendiri.
mungkin asian dan boston lobster tu
lebih berjus lobsternya,
lebih sedap sosnya,
lebih lembut bebola dagingnya,
lebih banyak kentang gorengnya,
tetapi kume idak le nak pegi lagi.

.
.
.
thank you for reading!

3 comments:

tarmizisim said...

Ler..pun tak jadi nak pi terai la kalau mcm tu..

syitah said...

haha abah pegi la try yang mahal punye tu..
kut terlebih sedap plak ;P

tarmizisim said...

Tak mau la dik..dulu terai king crab kat mahattan fish mart QBM dulu tu pun tak berbaloi dgn rege..tak ade isi pun..RM60 sekor tu..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...