selalu kan dengar orang-orang tua cakap, bila nampak badan besar sikit, "biasalah tu, dah kahwin macam tu la". kita yang muda-muda ni pun ikut cakap dekat kawan-kawan dan rakan sekerja dengan berseloroh.
tapi kome tahu ke kenapa orang-orang tua cakap begitu? deme dah lama hidup dari kita dan lebih lama hidup bekeluarga. deme tahu la walaupun tiada bukti saintifik untuk menjelaskan kenapa fizikal berubah. cuma pengalaman.
berminat nak buktikan kenapa dari segi saintifik dan biologi, teman pun buat la kajian. rasa macam nak buat assignment pula duk belek artikel dan buat reference.
lebih kurang tahu la maksud orang-orang tua tu, bila dah kahwin, maknanya bertambah sentuhan dan kasih sayang. bertambah la berbanding yang diterima daripada ibu bapa dan adik-beradik sebelum itu. jangan la yang sentuhan bukan muhrim tu. itu bab lain.
kome pun tahu kesan sentuhan kepada emosi. sebab ini kita boleh rasa dengan segera selepas sentuhan. tak kira la tepuk tanda tahniah di bahu, pelukan rindu dari bonda ayahanda dan tepuk tampar dengan adik-beradik. terus rasa bangga, gembira, teruja dan kalau sedih, jadi tak sedih dah.
sebab itu la masa ditempatkan kerja di sabah, teman naik roller-coaster emosi. dalam seminggu mesti ada purata sehari tak sihat. sebab tiada siapa untuk dipeluk dan berkasih sayang. famili dan suami jauh. nak peluk rakan serumah segan pula.
"on the physical level, human touch has the ability to lower blood pressure and reduce stress and tension. this is because a soothing touch can trigger the increase of oxytocin levels in the body, which gives a calming effect. when there is pain, a comforting human touch can alleviate the feeling and act as a numbing agent."
itu dari segi emosi.
sekarang kita nak tengok perubahan dari segi fizikal pula.
sila lihat ayat yang berwarna oren.
tumpukan perhatian pada yang ditebalkan.
"in studies with premature infants, half of the tiny babies, selected at random, were gently stroked for 45 minutes a day. the other half was not. although all were fed the same amount of calories, after ten days, the touched babies weighed-in 47% heavier than the unstimulated group. not only were those babies bigger, they were happier as well. the stroked kids were more active, more alert and more responsive to social stimulation."
jelas tak?
bab 47% heavier tu. and that's after ten days only!
kalau 1 tahun, 8 bulan, 1 minggu dan 6 hari,
macam mane?
eheh
kalau kome dah kahwin tetapi badan masih kecil molek dan itu yang kome mahu, good for you! kalau kome macam teman, yang memang sebelum kahwin badan dah besar, makan sama macam sebelum kahwin tetapi badan naik...sila jangan sedih. sebabnya sudah terbukti dalam sains!
kalau kome macam teman tetapi badan tidak naik, good for you! maknanye kome rajin bersenam dan metabolisme baik.
alhamdulillah teman dekat dengan keluarga dan suami :)
i lap u olls!
okey bye. hubby cadang suh buat egg tart petang ni.
.
i lap u olls!
okey bye. hubby cadang suh buat egg tart petang ni.
.
.
.
thank you for reading!
3 comments:
teramatlah setuju nya..125%... gemuk2 pun sihat ok la..asalkan kita boleh beribadat kepadaNya.
baguslah syisyi wat kajian...slalu org mengelak & menafikan...keep it up!!
abah: betul2 :)
dinot: tak mengukur baju di bdan sendri le tu. klu dah ukur sure dia tau dah terlebih ukuran.. ;p
Post a Comment