lebih kepada sebelum mula dan semasa.....
1. jangan langkau orang.
jika mahu solat di saf depan-depan, usahalah datang awal. jadi, tidak perlulah melangkau jemaah-jemaah lain dengan tolak-menolak tanpa bersalam dan menepuk bahu pinta nak lalu malah ganggu jemaah sedang bersolat sunat lainnya.
2. bersalam kiri kanan belakang
ringankan tangan dan senyuman bersalaman dengan jemaah kiri, kanan dan belakang walaupun tak kenal. jangan pula bersembang dan bergosip dengan yang kenal. solat dekatkan diri dengan Allah swt, eratkan silaturrahim dengan jemaah.
3. jangan usha
yang ni sebab teman buat, sebab tu tahu haha. suka usha aweks comel datang terawih nih sejuk mata memandang. abe-abe yang nampak dari celah-celah pintu pun jangan. dari usha-usha baiklah buat solat sunat tahiyyatul masjid ke, berzikir ke, baca Quran ke kan.
4. mulut manis dengan makcik
dah salam-salam tu, mulut berzikir, kadang-kadang jemaah sebelah nak ajak sembang pula. okay layan la sikit (sikit je!) makcik ni nak tanya duk mana, nama ape. lepas tu terus, meh la datang rumah makcik, rumah warna kuning depan tapak pasar malam tu. hebat tak makcik ajak orang tak kenal datang rumah?
5. jangan fikir pukul 9 ade movie apa
ye, guilty lagi. teman manusia yang lemah. selalunya solat terawih lapan rakaat selesai sekitar 9.30pm. masa dah masuk solat sunat witir tu dah rasa nak lari-lari je. padahal bukan datang seorang. kene tunggu mak abah. tengok-tengok, kat masjid tu jugak teman akad nikah. moga menjadi umat yang lebih kuat. aminnn.
.
.
.
thank you for reading!
3 comments:
Ha ha... abh pun ada beberapa 'jangan' masa solat sunat terawih ni seiring dgn 'adab' adik tu...
Setelah banyak tempat abh pindah randah kerja.. byk tempat dah pi sama2 buat solat sunat ni... antaranya.. (nama tempat tu takyah sebut.. nanti ada yg kecil hati)
1. Jangan terkejut bila ada jemaah lain yang dengan kasar tampar bahu kita sebab dia nak ke saf depan yang lebih afdal. Sambil langkah paha atau kaki kita dia sempat jeling dan mcm kata ‘ngape tak duk saf depan kalo datang awal?’ Jadi kalo datang awal tu, sila2 lah ke saf depan.. jangan rasa rendah diri rasa kita tak layak duk kat saf depan.
2. Jangan terkejut kalau jemaah dikanan, kiri, depan atau belakang kita yang kita unjukkan tangan untuk bersalam, sambut salam kita dengan hujung jarinya jer sebab mungkin dia rasa kita yang pakai songkok itam dan tak berjubah putih ni tak layak salam dengan org yang ‘alim’ mcm dia. Mungkin juga dia pulak yang rasa ‘kecik’ sebab ingat kita lebih hebat dari dia. Jadi kita bersalam gaya sama sajerla dengan semua jemaah lain dan ingat.. seboleh2nya tengok muka orang yang kita unjukkan tangan.... tak baik kecilkan hati deme.
3. Jangan mulakan bersembang masa dalam mesjid.. sementara nunggu nak masuk isyak atau lepas isyak nak buat terawih atau bila2 pun dalam mesjid. Kalo tak tahan nak sembang juga kat serambi tempat berbuka. Yang tak sedapnya kalo kariah org2 yg pemes dan berada ni ada yang tanya ‘berapa rataus tuan haji sumbang untuk more’ dan terus bercerita ‘datuk polan sumbang 5K.. dato’ polan 3K.. si polan RM500… sambil tangan hulur borang ‘sumbangan untuk more’ hehe…
4. Jangan duk kat saf depan sekali atau kiri kanan saf yang bersebelahan dengan tempat kanak kanak lelaki.. ni utk jemaah wanita la sebab bila imam mula kan solat sunat terawih, deme mula bermain.. mula2 gelak2… kemudian bersilat dan berkuntau sampai terterajang jemaah wanita disebalik tabir..
Walau apa pun.. memang seronok kalo dapat turut sama mengerjakan solat sunat terawih ni. Bila balik rumah dan sepanjang malam hingga ke bersahur dan solat subuh ,rasa lega dan bahagia.. Moga Allah terus beri kesihatan yang baik dan kekuatan untuk kita mengerjakan segala ibadah dan moga diberkatuNya selalu.
hoho panjangnye komen. boleh masuk blog abah buat entry lain nih ;p
blog abah ntah mana pinye... pasword pun dah lupa kut.. he he
Post a Comment