Wednesday, August 3, 2011

.adab semasa membeli di bazar ramadhan.

1. sebelum datang, fikir nak beli apa.
supaya takla buang masa jenguk semua gerai nak tengok apa yang teringin. tahu tak ade berapa gerai dalam satu-satu bazar ramadhan? pekan kecil macam sungkai pun paling-paling ade berpuluh. perut kosong tambah nafsu lagi memang la semua pun nak kan. nanti mencelah sini sana, sedut ambik bau lagi, lepas tu tak beli pun. kesian pembeli lain. ape yang penting (kerjasama!), boleh tolong kurangkan sesak orang lain yang sudah yakin nak membeli.

2. semasa beli, kalau berdua bertiga, seorang je yang membeli.
yang lain-lain tu duduk jauh sikit pun takpe. sebelum beratur tu, khabo la, "mak/abah/awak/sayang....adik/kakak/anje nak kuih karipap tu dua je tau. nak diet". kemudian gerak la ke tepi supaya pembeli lain boleh melihat bahan jualan dan membeli. duk sibuk juga nak jenguk-jenguk tunjuk-tunjuk tiada maknanye. ape yang penting (kerjasama!), boleh tolong kurangkan sesak orang lain yang sudah terkinja-kinja juga nak membeli.

3. senyum walaupun pakcik itu perlahan.
semua orang akan garang bila perut kosong. mungkin pakcik/makcik/adik/abang tu baru mula berniaga, nak leraikan plastik tu ambil masa lima minit. jadi senyum la dan bersabar. bulan ramadhan penuh kemuliaan. ape yang penting (kerjasama!), boleh tolong kurangkan perasaan panik pakcik/makcik/adik/abang tu lalu beliau dapat bekerja dengan tenang dan lebih cepat hendaknya.


4. jangan membazir macam syaiton.
ini seiring dengan nombor 1 tadi. bila sudah tetapkan mahu berbuka ape, biarlah itu saje yang dibeli. tak pun masa dalam kereta/atas motor diskusi dulu. "ayang, hari ni kita belanja RM9.00 seorang je, okay tak?. oleh itu, ikutla bajet tersebut. kalau ayang beli lebih RM9.00, jeling je. tengok dia boleh habiskan tak nasi lemak kukus, murtabak, satay, ais kacang, popia dan laksam tu masa berbuka nanti. ape yang penting (kerjasama!), boleh tolong mengumpul dana untuk duit-duit raya nanti.

5. jangan gatal potong barisan.
sila rujuk nombor 3, ayat pertama. faham? sudahlah pakcik itu perlahan, mike potong pula barisan. menyirap weh! kalau mike nak cepat, pembeli lain pun nak cepat. bercepat-cepat la kita melalui perbarisan yang teratur macam sikap orang singa yang kita kalah bola tu. ape yang penting (kerjasama!), boleh tolong kurangkan kemarahan orang lain lantas mendapat pahala kerana memudahkan sesama saudara.


ye paling mudah, masak je kat rumah.
tapi para isteri pun mahu rehat
dan jalan-jalan di bulan ini ye suami.
30 hari mencari resepi,
bosan juga.

selamat beramal di bulan ramadhan!



entri seterusnya, adab semasa solat terawih ^____^

.
.
.
thank you for reading!

3 comments:

Firdaus Tarmizi said...

setuju setuju.

paling tensen bila semua orang jalan slow2 makan angin tanpa tujuan, tengo sana tengok sini, tawaf pasar 2-3 kali. ini serius! kene bantu dia orang!

tarmizisim said...

byk menor pantang larang & adap sopan kat bazar ramadahan tu ye... munkalo gitu ade baiknye ikut mcm abh buat selama ni... seboleh2nya masak mknan sendiri jer.. kebanyakan peniaga tu kalo di petia bebetui cara penyediaan mknan didepan mate kite pun pengotor... bayagkanla mcm mana kat romah deme..

syitah said...

yop: kejesama!

abah: kfc pun ade salat ayam kat kasut before goreng :)