Saturday, September 28, 2013

.mari mendaki bukit broga.

assalamualaikum :)

dah lama tak blog pasal aktiviti rekreasi kami kan? 

alhamdulillah yang terbaru ni (tak la baru sangat, 2 bulan lepas kut) kami ke bukit broga. dah lama ejal teringin nak daki (psst! kami punyai impian mahu daki gunung kinabalu) jadi, ini kira latihan la. hehe boleh? dulu kerja kat sabah tak sempat nak daki. kami daki bukit-bukit je. tak mampu nak daki gunung lagi. takpe, pelan-pelan kayuh :) setakat ni baru daki bukit di frim, bukit cerakah, bukit jambul dan bukit broga. hmm tu je la and in that order. yang dah dikongsi cerita cuma pendakian di frim.

kami bertolak pagi-pagi tapi idak la tergesa untuk melihat matahari naik. ramai yang kata cantik pemandangan di kala matahari terbit. tak sabar juga rasanye nak mendaki. jauh juga rupanye dari sungkai ni, dalam 165 km dan ambil masa kira-kira 2 jam. sempat tidur la co-driver ni haha. nasib baik driver tak sesat.

yuk! pendakian bermula!


.turun bukit + daki bukit.

yang atas puncak bukit tu bukan asap tau.
masa nak turun susah jugak.
sebab cerun licin dan takde tali nak berpaut.
kawasan bukit broga ni ade tiga bukit/puncak.
i didn't reach the third one haha. tak larat.
ejal gagahi juga ke bukit terakhir.
alang-alang dah naik kan.


.puncak pertama yeay!.

tali tu digunakan untuk mendaki.
sangat steep cerun dia. kena merangkak.
ade gambar tapi macam tak molek je,
nampak backside orang lain sedang merangkak hihi


.bukit ke-dua.

feeling feeling hindustan pun ade masa kat atas ni ;P
yang dibelakang tu puncak pertama yang akan kita sampai.
di bukit ke-dua ni ade budak-budak universiti kut tengah buat photoshoot,
pakai baju silat posing atas batu.


bukit broga ni juga dikenali sebagai bukit lalang, for obvious reason. masa kami sampai ramai dah nak balik. satu bas mahasiswa siswi. ramai juga yang nak mula mendaki. kawasan letak kereta ade di kaki bukit dalam kawasan ladang kelapa sawit. bayaran sekali masuk RM2.00. ade kemudahan surau dan tandas juga. ade gerai minuman dan makanan ringan. ade berniaga souvenirs t-shirt broga dan walking stick. bertentangan dengan laluan masuk ni ade taman arnab, i think.

silalah melawat bukit broga!
luangkan masa bersama suami/isteri dan anak-anak :)
mengagumi ciptaan Allah swt dan bersenam di masa yang sama!
semoga pendakian naik dan turun kome selamat semuanye~

.
.
.
thank you for reading!

2 comments:

Anonymous said...

Greate post. Keepp writing such kind of information on yojr site.
Im really impressed by it.
Hey there, You have performed an excellent job. I'll certainly digg it and personally suggest to my friends.I am
sure they will bee benefited from this website.

Anonymous said...

My spouse and I stumbled overr here coming from a different wweb pwge and
thought I might ass well check thinhgs out. I like
what I see so now i'mfollowing you. Look forward to finding out about your web page for a second time.