Saturday, February 6, 2016

.kemalangan rasmi pertama.

assalamualaikum,


apa khabar semua?
harap semuanya sihat-sihat sahaja.

hmmm.
untuk lebih tepat,
kemalangan ni adalah yang pertama 
melibatkan ruppel
dan dengan individu lain.


keke dulu pernah kemalangan jugak.
tetapi tayar belakang sebelah kanan bertemu dengan curb
depan dewan muadzam shah di uum...
pecah jugak la tayar.
alhamdulillah ada beberapa rakan sekelas
dan siswa lain bantu tukar tayar.
ingatkan gagah nak tukar sendiri
sebab abah dah pesan kena belajar.
rupanya berat gile tayar haha.
baru tayar kelisa!
anyway,
apakah 'curb' dalam bahasa melayu?


baru bulan kedua bekerja dalam tahun baru ni sudah berlaku kejadian yang tidak diingini. tersentak jugak memikir balik apa yang Allah swt nak tegur.

rasa badan mengkhianati minda waktu tu. tangan menggigil tapi rasa tenang. marah ada jugak la haha like apehal kau tak berenti dude?!. takde kecederaan serius. cuma sengal-sengal selepas kejadian mungkin sebab keraskan badan masa hentaman. alhamdulillah.

dah selesai perbaiki pintu ruppel. dah selesai buat laporan polis dan bayar pada bengkel. tetapi belum selesai bayaran dengan yang melanggar. bulan ni katanya nak langsaikan hutang. ada jugak pengalaman. belajar dari kemalangan kan? lepas ni dah tahu prosedur apa nak ambil kalau kemalangan. tak perlu telefon suami, abah, kawan-kawan, makcik sebelah rumah, ex-pakwe-tak-jadi untuk kalut tanya apa nak buat. hehe.

so, let me leave this here.
as a reminder for me.

apa yang dipelajari & menarik apabila kemalangan berlaku:

1. toleransi sangat perlu antara dilanggar dan yang melanggar.
2. walaupun yang melanggar kata, "ikut akak la"...tak bermakna dia akan teruskan dengan niat murni dia tu.
3. perlu sangat ada tabung kecemasan. ni pun dah habis RM930.
4. polis yang ambil laporan berikan nasihat percuma cara-cara untuk mendapatkan zuriat.


babai pintu ruppel huhu

sayangi nyawa anda dan pengguna jalan raya lain.
berhati-hati memandu dan selamat bercuti!

selamat tahun baru cina :)

p/s: terima kasih kak ida. kehadiranmu menenangkn tangan gigilku hehe.

p/p/s: ye betul. kehadiran suami pun sangat menenangkan jugak :P
.
.
.
thank you for reading!

3 comments:

Unknown said...

kalo ko tepon ex pakwe, mungkin dia akan cakap

"padan muke"

hahaha.

chill, malang tak berbau. walaupun sebelum kemalangan tu berlaku, ko ade terkentut dan berbau.

Yang penting selamat, dan kecederaan kereta tak teruk sehingga total lost.

paling penting, selamat la. itu yang aku selalu cakap dgn mangsa2 kemalangan.

syitah said...

"ex pakwe tak jadi" okay...
i don't have any ex boyfriend.
tee-hee

iye. kifarah la tu :)


Unknown said...

tertinggal plak part tak jadi. hahahahaha