minggu lepas kami sertai hari keluarga anjuran guru-guru mrsm felda. kami berkumpul di kuala woh tapah, it was fun like whoa! and it involved the mrsmf family. hence the woh family!
okay bad joke.
semasa pendaftaran, kami dipisahkan sebab untuk permainan, teman masuk rumah biru (sama dengan sukan sekolah) dan hubby rumah hijau. dapat payung hoyeah! kome takde payung logo mrsm felda kan? takde kan.
patutnya ade rakan-rakan staff juga tetapi disebabkan konflik dalaman, mereka tidak hadir. jadi, there was bountiful food! bihun goreng periuk besar, ayam barbeku, nasi lemak sambal bilis, nasi goreng periuk besar. ade juga potluck iaitu makaroni goreng, kuih karipap, pencuci mulut jagung + kelapa parut dan dadih, buah jambu air dan kari ayam kentang teman masak eheh. sorry hanis, takde gambar makanan ye. perasan hamis jalikha baca blog teman. banyak sangat makanan tapau untuk budak-budak kat hostel.
.cabutan bertuah nombor enam yeay!.
penat juga duk tarik tali tiga kali. ahad tu bangun pagi dengan sakit-sakit pinggang dan urat. takpe sekali-sekala! ade aktiviti berkaraoke tapi kurang mendapat sambutan berbanding permainan yang lain.
.tarik tali, baling sambut telur ayam, lukis sambil tutup mata.
kami pulang dan tidak sertai bermandi manda. bila semua aktiviti dah habis, dah lewat tengahari hilang sudah terujaan untuk berendam. cuma berjalan-jalan dan tangkap gambar. thank you hanis! ni bukan hanis zalikha. tapi hanis seorang lelaki, kawan sekerja hubby.
.it was like our post wedding photos, minus the great poses T_T.
cantik juga kawasan rekreasi kuala woh ni. dah tak ingat bila kali akhir datang sini masa kecik. banyak port yang sesuai untuk bentang tikar and berpiknik, sungai mempunyai kedalaman berenang yang memuaskan, shower rooms, chalet, kafe dan dewan terbuka untuk aktiviti-aktiviti yang memerlukan keterbukaan dan kawasan lapang. silalah melawat!
.
.
thank you for reading!
No comments:
Post a Comment