teman idak le arif benor pasal aurat. sekarang pun masih memperbaiki diri. sebab kekadang kita alpa, ikut jalan mudah dan terpedaya dengan trend. teman ingat lagi, selain yang mak abah tegor dah ustazah ustaz ajor...banyak lagi pasal aurat yang yop tegor, rakan-rakan ingatkan dan suami nasihatkan. alhamdulillah...teman dikelilingi rakan-rakan dan keluarga yang menjaga aurat, baik dengan orang luar ataupun keluarga. sedikit sebanyak, tempias juge pade teman :)
mase teman skolah rendah, keluor ghumah naik beskal pakai seluor pendek warna merah dan baju lengan pendek warna putih zip kat depan. cey terperinci pulak. mase dah balik tu, mak abah 'slow-talk' pesan jangan le pakai gitu dah. besor dah anak aboh nih hehe.
masa sekolah menengah, kawan teman sorang ni secara tidak langsung menyedarkan teman perlunye menutup aurat lengan dan aurat dengan perempuan bukan islam. terima kasih azhani :) bab ni memang dipandang remeh. tu yang ramai pakai tudung tapi pakai baju lengan pendek.
yop pulak tegor masa teman dah sekolah menengah. masa tu teman duk hostel. dah jadi kebiasaan antara kami rakan hostel, lipat tudung bawal tiga segi letak je atas kepala masa pegi prep malam sebab hostel kami takde lelaki. pakai tudung pegi dewan makan tapi tak pakai anak tudung. jadi, bila balik kampung dan keluor pekan, idak le teman pakai anak tudung. nak cepat dan senang le kununnye. peh tu yop tegor le.
kemudian giliran suami pulak :) dan selalu le suami ingatkan, nasihatkan. lebih-lebih lagi bila pulang ke kampung suami. batas aurat dengan keluarga mertua dan saudara mara suami. banyak yang teman boleh contohi dari keluarga belah suami ni dalam bab aurat dalam keluarga. ni la yang teman nak kongsi.
memang kita sejak kecil, kalau balik kampung atau perjumpaan keluarga akan bergaul dengan saudara mara, sepupu, biras, ipar duai, bapa saudara dan suami sepupu. masa belum baligh, hal aurat tidaklah menjadi fokus. balik-balik main hujan dan bergebang sakan kongsi ceghita hantu kat serambi rumah hehe. tapi bila dah baligh, perlulah menjaga aurat dengan yang bukan mahram. walaupun tampak remeh dan susah sebab pakai tudung dan berlengan panjang semasa di dapur misalnya, aurat tetap aurat. teman pun lambat nak amalkan ni. hal ni sorang lagi rakan teman ade ingatkan masa skolah menengah dulu. hidayah nama dia :) terima kasih dayah.
teman dah faham pasal aurat dengan sepupu dan bapa saudara. tapi kadang-kadang salam juga dengan bapa saudara (suami adik beradik mak atau abah). dah jadi kebiasaan ni. saudara mara yang lebih tua dari teman. masuk rumah, balik kampung atau menziarah, tangan mesti dihulur. haish ini pun kena perbaiki lagi. betulkan yang biasa, biasakan yang betul. harap lepas ni teman boleh amalkan yang betul walaupun tak biasa. ganbatte kudasai! ^____^
mari baca lagi di sini...
yang teman tak jelas, macam mana dengan bapa saudara
yang adik beradik mak atau abah?
sesape care to shed some light?
teman dahulukan dengan terima kasih :)
p/s: while i googled images to put up for this entry, i stumbled upon websites that discussed more serious and upsetting issues on islam. it makes this issue of aurat dalam keluarga seems so trivial when some views islam in such way. it saddens me that as a muslim myself, i'm not capable of clearing such confusions they have. astagfirullahhalazim. loads more to learn. polish polish polish.
*imej di bawah dikongsi melalui facebook. harap dapat membantu pemahaman semua :) sila klik untuk besarkan imej.
.
*imej di bawah dikongsi melalui facebook. harap dapat membantu pemahaman semua :) sila klik untuk besarkan imej.
.aurat untuk perempuan. |
.aurat untuk lelaki. |
.
.
.
thank you for reading!
2 comments:
tentang aurat dgn bapa saudara belah mak/abah mcm ni mengikut apa yg saya tau la.. kalau salah, minta sapa2 tolong jelaskan ye..
for example, bapa kamu ada adik beradik lelaki.. kamu bole salam dgn semua adik beradik dia yg lelaki sebab sedarah daging.. yang kamu tak le salam ialah suami kepada adik beradik perempuan bapa kamu..
the same thing goes to belah emak.. you can salam with all your maternal uncles, but not the husbands of your aunties..
:)
terima kasih matno..
betul la kefahaman aku :)
Post a Comment