Tuesday, October 21, 2014

.self injection for ivf.

assalamualaikum,


hari pertama kitaran haid bermula sebelum 12.00 pm pada sesuatu hari. jadi, kalau kome sedar 10.00 am, maknanya hari pertama sudah bermula. kalau 1.00 pm baru keluar haid, maknanya esok tu baru dikira hari pertama. faham? nampak mudah tapi kami pun confuse masa hari pertama. ha ha ha lampi.

hari pertama kami perlu ke klinik O&G untuk scan keadaan ovari dan folikel. hari ni juga ada nurse untuk tunjukkan cara cucuk obat. sebab kami pun dah tangguh beberapa bulan, lupa dah cara-caranya. and then my husband decided to take a photo of me after i completed my first day of self-injection. in front of the clinic. with people bustling in and out. *awkward smile*

my self-injection dosage:

suprefact    0.25 ml
gonal-f      187.5 iu


10 september 2014
doktor nasihatkan cucuk antara 10.00 am - 10.30 am. masa ni ialah masa mengajar. jadi, selesai mengajar dan tinggalkan kerja untuk murid sekejap, berjalanlah penuh debaran ke tandas guru yang bersih untuk self-injection tanpa pengawasan yang pertama.


sangat teruja! hehe.


1. find a spot - cotton swab - fill in syringe - jab suprefact - cotton swab.
2. find another spot - cotton swab - turn dial for correct amount 
- jab gonal f - cotton swab.


kembali ke kelas.



11 - 12 sept 2014
cucuk seperti biasa.


13 - 14 sept 2014
cucuk di dalam perjalanan pulang ke pulau pinang. cucuk seperti biasa di taman teluk indah.

15 sept 2014
ke klinik O&G ipoh untuk scan ovari dan folikel. cucuk di O&G. perlu datang semula hari ke 8.

16 sept 2014
cuti hari malaysia. cucuk seperti biasa. bergerak ke alor setar menaiki bas. meninggalkan keke pada hamzah :)

17 sept 2014 
bergerak semula ke klinik O&G ipoh untuk scan. jumlah folikel kian banyak. perlu datang lagi untuk berjumpa terus dengan doktor pakar pada hari ke 10. mms laporan pada doktor. beliau nasihatkan untuk cucuk lagi dosage seperti biasa.

18 sept 2014
cucuk seperti biasa di taman koperasi.

19 sept 2014
aktiviti scan ovari dan folikel lagi. hantar mms pada doktor pakar. beliau minta datang semula selepas 2.00 pm. cucuk selepas selesai scan.


tunggu doktor punya la lama.
"are you ready?", tanya doktor.
"for what?", tanya teman.
"for me to make you pregnant la" kata doktor.



ambil dosage pregnyl di farmasi untuk dicucuk pada 9.00 pm, 20 september. ubat perlu diletakkan dalam cooler. diberi arahan untuk konvoi ke mac, hukm dan meneruskan prosedur egg retrieval pada pagi 22 september.

20 sept 2014, sabtu, 9.00 pm
hujung minggu ni kami semua ke rumah abang & kak salwa untuk house-warming dan majlis hari jadi afiq dan anis. bergerak ke bahagian screening room, hospital seremban untuk mendapatkan doktor bagi mencucuk pregnyl.

cucuk di bahagian kiri dan kanan punggung. sakit okay sebab kena otot. alhamdulillah doktor perempuan sangat ramah dan memulakan injection dengan kalimah bismillah.


22 sept 2014
menunggu doktor pakar di R&R ulu bernam untuk konvoi ke mac, hukm pada 7.15 am. doktor pakar hadir pada 7.30 am bersama dua buah kereta lain. konvoi bergerak dan tiba di hukm pada 9.00 am.

.hilux dan vios di depan tu lajunye.


sepanjang malam sebelum
dan sepanjang perjalanan
mulut kumat kamit
membaca doa dan zikir.
nervous. 
excited.
worried.


p/s: kan teman kata it's our fault sebab kecewa semua doktor sebelum ni mulakan rawatan dengan pil hormon. doktor yang baik dan ramah di hospital seremban tu terangkan bahawa pasangan banyak buang masa pergi rawatan dengan doktor pakar sakit puan. sepatutnya untuk masalah kesihatan seperti kami, pasangan suami isteri perlu terus berjumpa dengan doktor pakar infertiliti dan reproduktif. ingat ye kawan-kawan! 



.
.
.
thank you for reading!

No comments: