Thursday, December 22, 2016

.hari keluarga samsudin.

assalamualaikum,

beberapa bulan lepas,
keluarga samsudin berkumpul
di pengkalan balak, melaka.

kakcik tempah bonda homestay.
homestay yang ni rumah semi-detached.
kebetulan masa kami di sini,
rumah sebelah ada keluarga lain.
ada 3 bilik, dapur,
ruang tamu, ruang makan dan 2 tandas.
semua bilik termasuk ruang tamu ada air conditioner.
alatan barbeku pun disediakan.
boleh rujuk page bonda homestay.

ruang laman homestay ni pun luas.
kalau keluarga besar senang nak letak kereta dan
nak buat sukaneka.
ada sebuah pangkin berbumbung untuk berkelah jugak.


.tukar tukar hadiah.



alhamdulillah semua selamat dan lancar.
tukar tukar hadiah,
solat subuh berjemaah,
tazkirah pagi,
masak-masak dan barbeku,
roller blading waktu malam,
memancing,
sukaneka.

kami makan-makan di ruang beranda rumah ni.
luas dan nyaman waktu malam.
barbeku di sebelah luar beranda,
sebelah kiri rumah ada ruang yang mudah akses
terus ke dapur.



.bina istana pasir.


pada hari kedua,
kume dengan ejal uruskan sukaneka.
kami sudah beli peralatan & rancang aktiviti
apa yang sesuai untuk semua peringkat umur.

kumpulan dibahagi kepada 3
mengikut nama-nama tempat yang
ibu dan ayah pernah tinggal.
jeneri, alor janggus dan langkawi.


.juara bina istana pasir!.


kumpulan kume jadi juara bina istana pasir!
adam yang ditugaskan untuk menerangkan
ciri-ciri dan fungsi
setiap inci istana ni
kepada juri iaitu kakcik.

terima kasih idea ibu, adik dan abang zaini.
kume tolong cari seashells
letak atas menara je.
^___^



.samsudin's family (munif tidur dalam khemah).


lokasi homestay ni dekat saja dengan pantai.
nak berjalan kaki pun boleh
tapi sebab kami bawa banyak barang
dan nak elak munif panas jadi kami bawa kereta.
memang penuh dengan chalet dan homestay lain.
sepanjang pantai ada gerai dan restoran.
mudah nak beli dan berkelah.

terima kasih semua!
kakcik dan ibu masak,
kume tolong kemas je hehe
kak salwa baked brownies dan cheese cake!

we had fun!
jumpa lagi tahun depan inshaAllah...
.
.
.
thank you for reading!