Monday, December 20, 2010

.bakal pengantin lelaki.

tips majlis bertandang untuk lelaki. eh kome tak ade bertandang. kome terus pegi majlis akad nikah di rumah pengantin perempuan ataupun di masjid.

setelah menemuramah responden terdekat dan tersedia iaitu suami tercinta, berikut adalah senarai barang-barang yang perlu pengantin lelaki sediakan sebelum berangkat masuk ke lebuhraya utara selatan dan ke rumah pengantin perempuan.


jangan salah faham ye. bukan lah perkara atau barang lain tidak penting dan tidak perlu dibawa tetapi seperti entri sebelumnya iaitu tips sebelum kahwin , yang disenaraikan adalah perkara yang kemungkinan tertinggal dan selalunya dipandang remeh. sampai je masjid nanti tok kadi semua dah ready pengapit dah sampai eh mane pengantin?! itu kritikal sangat la tertinggal pengantin. contoh ye contoh.


1. kad pengenalan diri
penting ni ye. nanti tersilap nikah dengan orang lain pula. ade juga tok kadi yang tidak begitu strict jadi selamat la. bukan sampai tak boleh teruskan majlis, boleh. sebab ade borang-borang yang diisi terlebih dahulu kan terlampir salinan kad pengenalan.

2. songkok
tak molek benor pengantin lelaki akad nikah tak pakai songkok kan? tak penah lagi tengok masa ijab kabul pakai tema-tema pula. majlis resepsi baru lah kome boleh bergaya sakan jadi pirate of the carribbean ke sehati berdansa ke.


3. tshirt putih / singlet
ini untuk pengantin lelaki yang memakai baju melayu yang material kainnya licin dan lembut. untuk elakkan peluh jantan nervous nak akad dan peluh semasa penggambaran di luar jelas kelihatan. juga untuk elakkan kelihatan ape yang boleh jelas dilihat apabila memakai baju yang kainnya licin dan lembut.


4. kanta lekap
kalau kome pakai cermin mata, ade yang nak bergaya sikit masa akad dan penggambaran di luar. jadi mungkin nak pakai kanta lekap sebab ramai berpendapat nanti dalam gambar tak ade la cermin itu ganggu flash. kesahihan fakta tidak diyakini sebab gambar kami cantik je eheh.


5. kereta / pemandu
tidak perlu kereta mewah. cukup la sekadar ade untuk membawa pengantin ke masjid atau rumah pengantin perempuan dan selepas itu untuk sesi penggambaran kalau ade. tidak perlulah pengantin lelaki dan perempuan berjalan kaki di tengah hiruk pikuk puluhan manusia di stesen bas berpegangan tangan menuju ke kereta yang dipark jaaaauh. kalau nak glamour sehari itu, boleh suruh park kereta jauh ye. bila lagi kan? mari kita enjoys!


6. pengapit
sila pilih pengapit dengan baik. bakal pengantin lelaki ambil remeh perkara ini kut. aturkan hal pakaian, kasut dan pastikan pengapit tahu tugasannya. seperti mengingatkan pengantin weh ko tengah makan beradab ni, sila beradab sikit. seketika pengantin teruja sangat sampai lupa.


7. masa
sangat penting. ingat kan first impression itu penting? kalau boleh, jangan la lewat ke majlis akad nikah kome. ini kene selari dengan pihak perempuan juga dalam hal yang akan menjemput rombongan lelaki ke lokasi majlis dan persediaan hantaran.


8. upah nikah
ini untuk tok kadi dan saksi-saksi. jangan lupa sediakan ye. jumlah yang perlu diberi perlu diambil tahu. rasanye berbeza mengikut negeri.


9. lafaz akad
ni bukan barang ye. pasti sudah berlatih lafaz kan? termasuk la nak sebut mas kahwin. ini pun berbeza juga mengikut negeri dan kesesuaian yang ditetapkan oleh tok kadi. nanti prektis punya prektis, lain pula ayat dah gelabah.


okeh itu sahaja, harap dapat membantu! dengan keberkatan dan keizinan Allah swt, selamat la majlis akad nikah dan halal sudah hubungan.

.masjid sultan yussuf, rapat setia.


berikut adalah rangkaian untuk doa-doa yang boleh dibaca semasa majlis berlangsung, dibaca suami kepada isteri dan yang mengunjungi pasangan baru kahwin. klik sini untuk doa-doa pilihan. kome pun pandai cari sendiri kan? ;)

selamat mendirikan masjid dan moga rumahtangga kome berbahgia dunia akhirat ^__^
.
.
thank you for reading!

2 comments:

Faizul said...

nasihat yang bernas! terimakasih! (sambil salin post kat atas dalam buku nota...)

syitah said...

sama2 ;)
jgn hilang buku nota plak ek